Advertisement
Connect with us at Facebook
Connect with us at Twitter
Connect with us at YouTube


Read more about us at Tiger Tales
Advertisement


Maklumat laman web


Memaut ke laman web Tiger Airways

TIGER AIRWAYS tidak membenarkan pihak ketiga memautkan ke mana-mana halaman atau imej dalam laman web www.tigerairways.com, kecuali laman utama TIGER AIRWAYS (http://www.tigerairways.com). TIGER AIRWAYS tidak memberi kebenaran bagi sebarang pautan lain. Penomboran halaman laman web TIGER AIRWAYS tertakluk pada perubahan tanpa notis. Untuk mengurangkan pautan yang tidak lengkap ke halaman yang telah dipindahkan atau tidak lagi wujud, individu harus memaut hanya ke laman utama TIGER AIRWAYS sahaja.

Sebagai ganti pautan hiperteks biasa, TIGER AIRWAYS juga menyediakan Logo TIGER AIRWAYS ("Logo") untuk memaut secara langsung dari laman web anda ke http://www.tigerairways.com. Untuk memaparkan Logo ini, ikuti garis panduan dan muat turun salah satu Logo di bawah dengan mengklik kanan padanya (Mac - klik dan tahan) dan memilih Simpan Gambar Sebagai...

Tiger Airways Logo Tiger Airways Logo
Versi teks dalam barisan Versi teks bertindan

Go To Top Kembali ke atas

Garis panduan untuk penggunaan pautan logo Tiger Airways:

  1. Kecuali sebaliknya dibenarkan oleh TIGER AIRWAYS secara bertulis, laman web bukan-TIGER AIRWAYS boleh memaparkan hanya Logonya yang disediakan di bawah. Dengan memuat turun Logo ini, anda bersetuju untuk diikat oleh Garis Panduan ini.

  2. Logo ini hendaklah sentiasa pautan aktif yang memautkan terus ke http://www.tigerairways.com dan bukan ke URL lain.

  3. Logo ini merangkumi perkataan "tigerairways.com" untuk menjelaskan bahawa ia pautan ke TIGER AIRWAYS, bukan pengedorsan laman anda oleh TIGER AIRWAYS. Jangan mengubah Logo ini dalam apa jua cara pun, termasuk saiz, perkadaran, warna, unsur, dsb. Jangan gunakan Logo sebagai ciri atau unsur reka bentuk mana-mana imej lain.

  4. Logo ini hanya boleh dipaparkan pada laman web yang membuat rujukan yang tepat kepada kepada TIGER AIRWAYS, serta produk dan perkhidmatannya. Jangan paparkan Logo ini pada mana-mana laman yang memperkecilkan TIGER AIRWAYS atau produk dan perkhidmatannya, melanggar sebarang harta intelektual atau hak lain, atau melanggar sebarang undang-undang negeri, persekutuan atau antarabangsa.

  5. Jangan paparkan Logo ini dalam sebarang cara yang mengisyaratkan penggabungan dengan, penajaan, pengendorsan atau lesen oleh TIGER AIRWAYS. Garis panduan ini tidak memberi lesen atau sebarang hak lain untuk menggunakan logo atau tanda dagangan TIGER AIRWAYS. TIGER AIRWAYS berhak, menurut budi bicara tunggalnya, untuk menamatkan atau mengubah suai kebenaran anda untuk memaparkan Logo ini pada bila-bila masa, atau mengambil tindakan terhadap sebarang penggunaan yang tidak mematuhi Garis Panduan ini.

Go To Top Kembali ke atas

Pernyataan penafian

Sementara TIGER AIRWAYS membuat segala usaha untuk memastikan ketepatan maklumat yang dibentangkan di sini, laman ini disediakan atas dasar "seperti yang disediakan". TIGER AIRWAYS tidak membuat sebarang representasi atau waranti dalam apa jua cara, sama ada secara nyata atau tersirat, mengenai operasi atau kandungan laman ini atau sebarang laman web lain yang dipautkan kepadanya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, TIGER AIRWAYS menafikan kesemua waranti, sama ada nyata atau tersirat, termasuk tidak terhad pada waranti tersirat mengenai kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. TIGER AIRWAYS, para Pengarah atau para pekerjanya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi dalam apa jua jenis pun yang berpunca daripada penggunaan laman ini atau sebarang laman yang dipautkan kepadanya, termasuk tetapi tidak terhad pada ganti rugi langsung, tidak langsung, punitif dan yang terhasil.

Go To Top Kembali ke atas

Pautan ke laman web lain

Sesetengah pautan laman web TIGER AIRWAYS membawa anda ke laman web lain. Laman web lain ini bukan di bawah kawalan TIGER AIRWAYS, dan TIGER AIRWAYS tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya. TIGER AIRWAYS menyediakan pautan ini untuk kemudahan, dan dalam melakukan sedemikian tidak mengisyaratkan sokongan atau pengendorsan dalam apa jua jenis pun.

Go To Top Kembali ke atas

Perisian boleh dimuat turun

TIGER AIRWAYS menyediakan produk perisian tertentu ("Perisian") melalui laman web TIGER AIRWAYS. Meskipun anda bebas untuk memuat turun dan menggunakan Perisian ini, anda tidak boleh menghasilkannya semula atau mengedarkannya semula. Perisian ini tertakluk pada Perjanjian Lesen Perisian (Software License Agreement) ("SLA") yang mengiringi pengedarannya. Anda harus membaca dan memahami SLA tersebut sebelum memuat turunnya.

Go To Top Kembali ke atas

Undang-undang yang berkuat kuasa

Laman ini dibuat dan dikawal oleh TIGER AIRWAYS di Singapura. Dengan yang demikian, undang-undang Singapura akan mentadbir penafian, terma dan syarat ini, tanpa mempengaruhi sebarang prinsip konflik undang-undang. Kami berhak untuk mengubah laman kami dan penafian, terma dan syarat ini pada bila-bila masa.

Go To Top Kembali ke atas

Keperluan penyemak imbas

Untuk mengakses perkhidmatan yang dilindungi menggunakan TIGER AIRWAYS, penyemak imbas anda HENDAKLAH disediakan untuk menggunakan kedua-dua SSL dan kuki. Kesemua penyemak imbas moden menyokong ciri ini. TIGER AIRWAYS tidak menggunakan kuki pihak ketiga, maka ini boleh disekat jika perlu.

Firewall peribadi dan rangkaian, jika ada, juga boleh mempengaruhi kuki dan SSL.

Tetapan dalam Internet Explorer hendaklah seperti berikut: privasi = sederhana dan sekuriti = sederhana. TIGER AIRWAYS sendiri berfungsi dengan tetapan yang lebih tinggi, tetapi agar anda mengekalkan keserasian dengan pembekal perkhidmatan kami, tetapan sederhana disyorkan. Penyemak imbas lain akan berfungsi dengan tetapan asalnya.

Go To Top Kembali ke atas

Kuki

Kuki adalah sebuah file kecil yang tidak boleh dilaksanakan yang disimpan dalam cakera keras anda untuk tujuan mengenal pasti komputer anda. Meskipun anda masih boleh membuat tempahan di www.tigerairways.com dengan menetapkan sekuriti Internet penyemak imbas anda agar ia tidak menerima kuki, namun pengalaman onlineanda tidak akan begitu memberangsangkan.

TIGER AIRWAYS menggunakan kuki sesi serta kuki kekal di tigerairways.com. Kuki sesi aktif hanya semasa anda dilog masuk dalam laman web www.tigerairways.com dan dikeluarkan apabila anda meninggalkannya. Ia membantu anda menjejaki bahagian laman web yang anda gunakan dan membolehkan anda membuat pembaikan berdasarkan keutamaan pengguna yang diperhatikan.

Kuki kekal akan kekal dalam cakera keras anda sehingga anda mengeluarkannya melalui tetapan sekuriti Internet penyemak imbas anda. Kuki kekal digunaka untuk menyimpan keutamaan pengguna seperti maklumat hubungan dan dengan itu menyingkirkan keperluan untuk anda membuat entri yang sama semasa setiap kunjungan.

Tiger Airways menggunakan piksel, atau fail GIF lut sinar, untuk membantu mengurus pengiklanan dalam talian. Fail GIF ini disediakan oleh rakan kongsi pengurusan iklan kami, DoubleClick. Fail ini membolehkan DoubleClick mengecam kuki unik pada penyemak imbas Web anda, yang selanjutnya membolehkan kami mengetahui iklan mana membawa pengguna ke laman web kami. Kuki ini diletakkan oleh kami, atau oleh pengiklan lain yang bekerjasama dengan DoubleClick. Dengan penggunaan kuki dan teknologi Spotlight, maklumat yang kami kumpulkan dan kongsi adalah tanpa nama dan tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. Ia tidak mengandungi nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda. Untuk maklumat lanjut mengenai DoubleClick, termasuk maklumat mengenai cara memilih untuk tidak menggunakan teknolgi ini, layar ke http://www.doubleclick.net/us/corporate/privacy/.

Go To Top Kembali ke atas

Sekuriti dan SSL

Secara teori, pihak ketiga boleh memintas maklumat sensitif (cth. nama pengguna, kata laluan, dsb) pada sesuatu ketika pada rangkaian apabila ia dipancarkan merentas Internet dari penyemak imbas web pengguna ke pelayan. Untuk mencegah ini daripada berlaku, TIGER AIRWAYS menggunakan penyulitan supaya meskipun seseorang memintas data ini, mereka tidak dapat menyahkodnya semua ke data asal. Sistem penyulitan standard bagi laman web www.tigerairways.com adalah SSL (Lapisan Soket Selamat (Secure Socket Layer)), yang menggunakan satu bentuk penyulitan kunci awam, yang membolehkan maklumat dikodkan oleh penyemak imbas.

Enjin penempahan penerbangan TIGER AIRWAYS menggunakan penyulitan 128-bit untuk memastikan yang maklumat hampir mustahil dibaca oleh sesiapa pun kecuali mereka mempunyai 'kunci' atau kata laluan yang berkaitan. SSL wajib bagi penggunaan www.tigerairways.com.

Sijil pelayan adalah maklumat yang disulitkan secara digital yang membolehkan penyemak imbas mengetahui organisasi mana yang sedang diakses. Untuk mengelakkan orang ramai daripada membuat sijil sewenang-wenangnya dan berpura-pura menjadi organisasi rasmi, sijil diperoleh daripada pihak berkuasa sijil, yang menggunakan kedudukannya sebagai pihak ketiga untuk mengesahkan bahawa organisasi yang menggunakan sijil benar seperti yang dikatakannya.

TIGER AIRWAYS menggunakan SSL untuk melindungi maklumat yang dirakam dalam pangkalan data penempahan penerbangan, dan didaftarkan dengan Verisign, sebuah pihak berkuasa sijil yang diiktiraf.

Go To Top Kembali ke atas

Kebolehaksesan web

Sila ambil perhatian bahawa kami tiada kawalan ke atas laman web pihak ketiga (cth. rakan kongsi gabungan atau program) kerana kandungan mereka dimiliki oleh pembekal khidmat.

Kami akan terus menyemak kesemua halaman web TIGER AIRWAYS untuk kebolehaksesan, pematuhan, dengan memindanya di mana perlu.

Go To Top Kembali ke atas

Penyemak imbas

Laman web www.tigerairways.com direka agar serasi dengan kebanyakan penyemak imbas pada platform Windows, namun kami menyarankan konfigurasi tertentu. Banyak versi penyemak imbas ini yang lebih lama tidak menyokong teknologi Internet terkini (seperti helaian gaya, Javascript, sekuriti SSL atau bingkai).

Keperluan sistem operasi yang disokong:
Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan MAC OS 9.0 atau lebih terkini

Penyemak imbas yang disokong
Internet Explorer 7.0+
Mozilla Firefox 3.5+

Tetapan:
Resolusi Skrin: 1024 x 768 piksel
Javascript: didayakan
Kuki: didayakan

Pengemaskinian penyemak imbas:
Untuk mengemas kini penyemak imbas anda, klik pautan di bawah kemudian ikuti arahan untuk memasang perisian ini:

» Microsoft Internet Explorer
» Mozilla Firefox
» Adobe Acrobat Reader Plug-in
» Adobe Flash Plug-in

Go To Top Kembali ke atas

 


Tiger Airways CAPA 2006   Tiger Airways CAPA 2010                                  Verisign Verified by VISA MasterCard SecureCode