|
Bagasi yang lambat/rosakTiger Airways berusaha untuk menghantar beg anda dengan selamat ke destinasi lapangan terbang yang relevan tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, jika ini tidak berlaku, anda hendaklah melaporkan kelambatan atau kerosakan bagasi kepada ahli pasukan perkhidmatan lapangan Tiger Airways sebelum meninggalkan lapangan terbang. Tuntutan bagasi tidak boleh diuruskan selepas anda meninggalkan lapangan terbang, maka, sila berikan butiran bagasi anda dan anda akan diberikan bantuan. Tiger Airways amat menyarankan semua penumpang untuk mempunyai Insurans Perjalanan Peribadi bagi melindungi nilai item bagasi mereka memandangkan liabiliti Tiger Airways bagi kehilangan seperti itu adalah terhad kepada Triti Antarabangsa yang berkenaan (Sila lihat bahagian Liabiliti Pengangkutan Udara untuk Penumpang dan Bagasi mereka di bawah). Tiger Airways tidak menerima liabiliti untuk barangan yang mudah pecah, bernilai, tidak tahan lama atau bagasi yang dibungkus dalam bekas yang telah rosak atau tidak sesuai atau bagi kerosakan pada lekapan luaran seperti pemegang, roda dan lain-lain. Jika bagasi anda mengalami kelambatan, maka, Tiger Airways akan mengaturkannya untuk dihantar ke lapangan terbang destinasi dalam tempoh masa yang sewajarnya. Penerbangan AntarabangsaJika anda perlu membuat tuntutan untuk bagasi yang telah rosak, maka, ia mesti dilakukan secara bertulis dalam masa tujuh (7) hari ketibaan anda. Jika tuntutan anda berkaitan dengan kelambatan bagasi yang didaftar masuk, anda mesti memberitahu kami secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari ketibaan. Semua tuntutan bagi kerosakan atau bagasi yang lewat perlu dibuat kepada: Tiger Airways Baggage Claims Fax: (65) 6423 0150 Email: ctaviation@charlestayloradj.com Penerbangan Australia DomestikJika anda perlu membuat tuntutan untuk bagasi yang telah rosak, ia mesti dilakukan secara bertulis dalam masa tiga (3) hari ketibaan anda. Jika tuntutan anda berkaitan dengan kelambatan bagasi yang didaftar masuk, anda mesti memberitahu kami secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari ketibaan. Semua tuntutan bagi kerosakan atau bagasi yang lewat perlu dibuat kepada: Tiger Airways Baggage Claims Fax: 1800 243 473 Email: ctaviation@charlestayloradj.com Setiap pemberitahuan seperti itu mesti ditulis dan dikirim atau dihantar kepada kami dalam tempoh masa di atas. Serta, sila beritahu Syarikat Insurans Perjalanan anda sebelum menghubungi Tiger Airways. Sila masukkan ‘Laporan Ketaksekataan Barangan' yang telah diberikan kepada anda di lapangan terbang semasa anda membuat laporan bagasi. Penumpang harus menyimpan sebarang item yang telah rosak sehingga tuntutan diselesaikan sama ada oleh syarikat penerbangan atau syarikat insurans serta semua resit bagasi yang berkaitan dengan tuntutan. Kami bermatlamat untuk memproses semua tuntutan untuk bagasi yang telah rosak dalam masa 28 hari bekerja. Tiger Airways akan terus mencari bagasi yang hilang dalam tempoh 21 hari dari tarikh laporan selepas beg dianggap telah hilang. Oleh sebab itu, semua tuntutan bagasi yang hilang akan diproses dalam masa 28 hari bekerja. Penumpang dinasihatkan untuk tidak mendaftar masuk item penting atau bernilai tinggi seperti barang kemas, ubatan, dokumen dan barangan lain yang bernilai. Tiger Airways tidak bertanggungjawab bagi sebarang item yang hilang atau rosak di dalam pesawat atau dalam bangunan terminal lapangan terbang. Sebarang item yang ditemui dalam penerbangan Tiger Airways akan dibawa ke pejabat barang-barang ditinggal dan dijumpai di lapangan terbang destinasi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat pengangkutan. |



