Advertisement
Connect with us at Facebook
Connect with us at Twitter
Connect with us at YouTube


Read more about us at Tiger Tales
Iklan



Perjalanan secara berkumpulan


Jika anda mempunyai 15 atau lebih penumpang yang berjalan bersama anda, anda mesti menghubungi pusat panggilan Tiger Airways untuk bantuan. Sila klik di sini untuk maklumat perhubungan.

Syarat tempahan standard akan dikenakan.

Tempahan berkumpulan

Penumpang dalam perjalanan secara berkumpulan yang terdiri daripada dalam kumpulan 15 orang pada masa berlepas dan ketibaan yang sama boleh meminta tambang berkumpulan. Tambang berkumpulan berdasarkan saiz kumpulan dan tarikh yang tertentu, dan tertakluk kepada kekosongan. Tambang dan tempat duduk hanya akan diperolehi selepas bayaran penuh dalam 5 (lima) hari bekerja dari pengesahan tempahan.

Untuk meminta sebut harga, sila e-mel kami di:

groups@tigerairways.com

Sila sertakan maklumat penerbangan anda dan maklumat perhubungan. Kami akan membalas permintaan anda dalam masa 2 (dua) hari perniagaan. Terma dan syarat tempahan berkumpulan dikenakan.

Go To Top Kembali ke atas

Syarat pengangkutan (Terma dan syarat tempahan berkumpulan)

  1. Umum

    1. 1.1 Perjalanan berkumpulan tertakluk kepada Terma dan Syarat Pengangkutan Tiger Airways. Pada waktu Terma dan Syarat Pengangkutan tidak konsisten, berikut merupakan terma yang akan digunakan.

    2. 1.2 "Kumpulan" diertikan sebagai 15 atau lebih penumpang yang berjalan bersama dalam penerbangan yang sama dengan jadual perjalanan yang sama. Kumpulan yang kurang daripada 15 tidak layak untuk tambang berkumpulan dan syarat, dan akan dirujuk kepada pusat panggilan Tiger Airways.

    3. 1.3 Sebut harga kumpulan, tempahan dan pertanyaan bagi Penerbangan Antarabangsa hendaklah dihantar melalui Tiger Airways Group Desk di:
      Tel : +65 680 84437
      E-mel : groups@tigerairways.com

    4. 1.4 Sebut harga kumpulan, tempahan dan pertanyaan bagi Penerbangan Domestik Australia hendaklah dihantar melalui Tiger Airways Australia Group Desk di:
      E-mel : augroups@tigerairways.com

    5. 1.5 Pejabat Singapura dibuka dari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari 0900 hingga 1700 Masa Singapura, dan pejabat Australia dibuka dari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari 0900 hingga 1700 Masa Melbourne.

  2. Sebut harga

    1. 2.1 Di mana berkemungkinan Jabatan Jualan Kumpulan akan menyediakan sebut harga dalam masa 2 (dua) hari bekerja.

    2. 2.2 Semua sebut harga tertakluk kepada kekosongan tempat duduk. Ruang tidak akan disimpan pada masa sebut harga. Tambang hanya akan disahkan semasa menerima bayaran penuh bagi tempahan.

  3. Simpanan dan tempahan

    1. 3.1 Simpanan bagi Kumpulan hanya boleh dibuat melalui Jabatan Kumpulan Tiger Airways. "Pengelola Kumpulan" bererti orang yang mewakili Kumpulan yang membuat tempahan dan membayar bagi pihak Kumpulan. Pengelola Kumpulan atau Ejen Perjalanan akan bertanggungjawab untuk menasihati setiap ahli Kumpulan maklumat berkaitan keadaan perjalanan, nombor penerbangan, masa ketibaan dan berlepas, prosedur daftar masuk, elaun bagasi dan nasihat bayaran.

    2. 3.2 Dalam melengkapkan tempahan Kumpulan ( apabila bayaran penuh telah diterima dan nama ahli Kumpulan telah dimasukkan) satu salinan tempahan Kumpulan akan difaks atau e-mel ke Pengelola Kumpulan/ Ejen Perjalanan. Ia tanggungjawab setiap ahli Kumpulan untuk memeriksa tempahan dan memastikan butiran penerbangan dan nama adalah tepat.

    3. 3.3 Setelah bayaran penuh dibuat, semua pembatalan tidak akan mendapat bayaran balik.

  4. Pembayaran

    1. 4.1 Tempahan berlepas menjangkaui 1 bulan mesti dibayar dalam 5 hari bekerja dari pengesahan. Tempahan berlepas dalam 1 bulan akan memerlukan bayaran dalam 3 hari bekerja dari pengesahan; tempahan yang dibuat dalam 7 hari berlepas memerlukan bayaran penuh serta-merta.

  5. Bentuk bayaran

    1. 5.1 Cara pembayaran yang disenangi ialah dengan pra-deposit ke dalam akaun Ejen Perjalanan anda atau Kad Kredit Korporat. Sila hubungi groups desk kami untuk maklumat bank akaun.

    2. 5.2 Agensi Perjalanan yang mahu membayar menggunakan cek harus membuat bayaran ke Tiger Airways Singapore Pte Ltd. Sila faks slip bank kepada kami pada masa pembayaran. Sila benarkan tiga hari masa bekerja untuk cek selesai dan tempahan anda disahkan.

  6. Senarai nama

    1. 6.1 Senarai nama penuh ahli Kumpulan harus dihantar ke Tiger Airways tidak lebih dari 14 hari sebelum berlepas.

  7. Pembetulan

    1. 7.1 Sebarang pembetulan tempahan penerbangan tertakluk kepada perubahan fi ditambah sebarang perbezaan tambang.

    2. 7.2 Selepas pengesahan, ahli Kumpulan yang memilih untuk berpisah dari Kumpulan utama, sila berbuat demikian di tambang yang sama atau lebih tinggi dari sebut harga asal bagi kumpulan, dan akan dikenakan perubahan fi bagi setiap sektor yang diubah. Tiger Airways berhak untuk menyebut semula harga jika saiz kumpulan kurang dari 15 penumpang.

    3. 7.3 Hanya Pengelola Kumpulan/ Ejen Perjalanan berkuasa untuk meminta pembetulan simpanan atau tempahan Kumpulan. Semua permintaan bagi mengubah simpanan atau tempahan Kumpulan mesti dibuat melalui Jabatan Kumpulan Tiger Airways.

    4. 7.4 Pertukaran nama hanya dibenarkan melalui pusat panggilan selepas pembayaran fi penukaran yang tertakluk (sila rujuk kepada Fi dan Caj) tambahan dengan sebarang kos tambahan diantara tambang penuh yang telah dibayar dengan tambang untuk penerbangan baru pada masa penukaran dibuat. Penukaran name boleh dibuat sehingga empat(4) jam sebelum masa yang dijadualkan untuk penerbangan, dimana tertakluk kepada masa operasi pusat panggilan kami.

  8. Fi pembatalan

    1. 8.1 Tiada bayaran balik akan diberikan bagi pembatalan tapi tidak terhad pada keadaan perubatan.

  9. Insurans perjalanan

    1. 9.1 Tiger airways sangat mencadangkan agar semua penumpang mempunyai Insurans peribadi yang cukup yang meliputi semua aspek semasa perjalanan bersama kami.

  10. Invois cukai

    1. 10.1 Jadual perjalanan Tiger Airways yang dicetak boleh digunakan sebagai invois cukai.

  11. Bagasi

    1. 11.1 Menyisipkan Bagasi
      Tiger Airways tidak menyisipkan bagasi ke pengangkutan lain.

    2. 11.2 Bagasi Berdaftar yang dibenarkan

      1. Bagasi yang dibenarkan bagi setiap ahli Kumpulan ialah menurut Terma & Syarat perjalanan Tiger Airways.

      2. Pilihan Luggage Upsize™ juga disediakan bagi tempahan berkumpulan. Sila lihat Luggage Upsize™ kami untuk maklumat lanjut.

      3. Terlebih dahulu pemberitahuan diperlukan jika Kumpulan mempunyai jumlah lebihan bagasi, atau bagasi yang berat atau bersaiz besar. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan bagasi tidak boleh dibawa dalam penerbangan Kumpulan yang sama.

      4. Perjalanan Penumpang pada rujukan tempahan yang sama boleh menggabungkan bagasi didaftar masuk selari dengan pilihan Luggage Upsize™ relevan yang dipilih. Sebagai contoh satu tempahan mengandungi 25 penumpang akan digabungkan berjumlah 25 x 15kg = 375kg. Setiap bagasi item individu mesti tidak melebihi berat 30 kilogram.

      5. Fi lebihan bagasi tidak boleh dikecualikan.

    3. 11.3 Bagasi Tangan
      Setiap ahli Kumpulan dibenarkan membawa 1 bagasi tangan yang beratnya mesti tidak melebihi 7kg, dan tidak melebihi 23cm dalam, 38cm tinggi, dan 58cm lebar (unik pemeriksaan ada di daftar masuk). Tambahan, ahli Kumpulan boleh setiap seorang membawa satu beg tangan kecil, beg bimbit, atau komputer riba diikuti ia mematuhi saiz yang dinyatakan di atas dan jumlah keseluruhan berat tidak melebihi 7kg.

    4. 11.4 Sila rujuk terma penuh dan syarat Tiger Airways bagi maklumat lanjut berkaitan barangan yang dilarang.

  12. Persinggahan

    1. Persinggahan bermalam tidak dibenarkan.
  13. Kesambungan berterusan

    1. Tiger Airways ialah pusat pengangkutan tambang rendah, yang memberi tumpuan kepada penyediaan tambang rendah dan perkhidmatan yang tepat pada masa. Atas sebab berikut kami tidak menyediakan pemindahan penumpang atau bagasi ke pengangkutan atau perkhidmatan lain. Faktor yang mempengaruhi perkhidmatan jadual kami, termasuk kelewatan dan gangguan yang disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu, kelewatan trafik udara, rusuhan, keperluan teknikal, kapal terbang yang lewat, dll. Semua penumpang yang bercadang untuk meneruskan bersama kami dinasihatkan agar membenarkan masa yang cukup, dan mempertimbangkan faktor di atas apabila mahu terus bersama kami. Tiger Airways tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian disebabkan oleh kesilapan sambungan.
  14. Terma & syarat pengangkutan Tiger Airways

    1. Syarat ini boleh diperolehi dari laman wab kami di www.tigerairways.com.
  15. Go To Top Kembali ke atas

 


Tiger Airways CAPA 2006   Tiger Airways CAPA 2010                                  Verisign Verified by VISA MasterCard SecureCode