|
Insurans perjalananTiger airways amat mencadangkan agar semua penumpang mempunyai Insurans peribadi yang cukup yang meliputi semua aspek semasa perjalanan. Insurans Perjalanan Tiger Purrtection direka secara ekslusif untuk penumpang Tiger Airways berlepas dari Singapura yang menawarkan premium terendah dengan perlindungan perjalanan yang boleh dipercayai. Polisi hanya boleh dibeli onlinesemasa tempahan penumpang berumur antara 2 hingga 75 tahun. Bayi berumur kurang dari 2 tahun yang dalam perjalanan bersama penumpang dewasa akan menikmati perlindungan terhad percuma. Setelah Insurans diaktifkan, ia tidak boleh ditukar, tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh mendapat bayaran balik. Polisi akan melindungi anda ketika anda dalam destinasi Tiger Airways sahaja. Perlindungan akan hilang sebaik sahaja anda meninggalkan destinasi untuk sebarang penerbangan atau perjalanan. Pemegang polisi Tiger Purrtection boleh meminta untuk menaik taraf kepada pelan yang lebih menyeluruh seperti Chartis bagi memastikan perlindungan untuk perjalanan seterusnya. Semasa pertukaran jadual oleh Tiger Airways, pelan polisi Tiger Purrtection akan secara automatik memanjangkan liputan perlindungannya kepada masa pelepasan yang telah dijadual semula sehingga tiga (3) hari disertakan tempoh perjalanan tidak melebihi 31 hari dari tarikh berlepas. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada susunan kata polisi.. Tiger Airways boleh mengeluarkan surat bagi menyokong tuntutan Insurans perjalanan bagi pembatalan penerbangan atau gangguan. Sila hubungi pusat panggilan Tiger Airways untuk maklumat lanjut, butiran perhubungan boleh didapati di atas. Surat Insurans dibekalkan secara percuma dimana Tiger Airways bertanggungjawab bagi pembatalan penerbangan atau kelewatan, atau dimana permintaan diikuti keadaan perubatan atau kematian dan permintaan disokong oleh dokumen yang berpatutan. Semua permintaan lain untuk surat Insurans perjalanan akan dikenakan caj S$10.00 atau A$10.00 (atau padanan matawang setempat) bagi satu surat, dibayar oleh penumpang semasa permintaan. |



