Advertisement
Connect with us at Facebook
Connect with us at Twitter
Connect with us at YouTube


Read more about us at Tiger Tales



switchmyflight


switchmyflight membenarkan penumpang untuk menukar penerbangan seberapa banyak kali dalam tempoh 12 bulan dari masa penempahan sehingga 4 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan. Ini hanya sah untuk online dan bukan melalui pusat panggilan. Perubahan ini terhad kepada masa dan tarikh penerbangan sahaja. Sebarang perubahan yang lain boleh dibuat melalui cara biasa dan fi perubahan/perbezaan tambang akan berlaku. Sila rujuk kepada terma dan kondisi untuk maklumat lanjut.

Untuk membeli tiket switchmyflight, anda akan diminta untuk 'top-up' semasa proses penempahan. Kos yang dipaparkan adalah perbezaan antara harga tiket untuk penerbangan yang dipilih dan tambang switchmyflight. Ini sesuai untuk penumpang yang sering dalam perjalanan, dan penumpang yang sering membuat perubahan kepada itinerari mereka.

Terma dan kondisi

Tiket switchmyflight membolehkan anda membuat perubahan tidak terhad kepada tarikh dan masa penerbangan sehingga 4 jam sebelum masa penerbangan yang dijadualkan

Perubahan destinasi dalam switchmyflight akan dicajkan fi perubahan dan sebarang perbezaan tambang. Perubahan ini hanya boleh dibuat melalui pusat panggilan sehingga 4 jam sebelum masa penerbangan yang dijadualkan.

Tiket dibawah switchmyflight sah sehingga penerbangan berlepas 12 bulan dari tarikh asal pembelian.

Perubahan untuk tiket switchmyflight adalah percuma hanya untuk perubahan melalui online dan tiada peningkatan dalam cukai atau kos tambahan yang berkenaan. Sebarang peningkatan dalam cukai dan kos tambahan akan dibayar oleh penumpang semasa perubahan dibuat. Sebarang penolakan dalam cukai dan kos tambahan akan dikembalikan wang kepada penumpang semasa perubahan dibuat. Perubahan melalui pusat panggilan akan dikenakan fi.

Perubahan nama dibenarkan, subjek kepada fi perubahan nama standard dan sebarang perbezaan tambang.

Jikalau tiket switchmyflight digunakan bersama boardmefirst, penerbangan hanya boleh diubah kepada penerbangan lain yang mempunyai kemudahan boardmefirst.

Tiket switchmyflight tidak boleh dikembalikan wang.

Sebarang perbezaan tambang akan sah laku dalam perjalanan yang menggunakan tiket switchmyflight pada waktu puncak.

Sebarang perbezaan tambang akan sah laku dalam perjalanan yang menggunakan tiket switchmyflight pada waktu puncak.

Penerbangan antarabangsa: Tempoh puncak penerbangan adalah diantara 18 Disember dan 7 Januari, dan empat (4) hari sebelum Tahun Baru Cina dan sepuluh (10) hari selepasnya.

Penerbangan Domestik Australia: Tempoh puncak penerbangan adalah diantara 18 Disember 2010 dan 7 Januari 2011, dan 20 dan 28 April 2011.

 


Tiger Airways CAPA 2006   Tiger Airways CAPA 2010                                  Verisign Verified by VISA MasterCard SecureCode