|
Daftar masuk kelengkapan sukanBayaran awal daftar masuk kelengkapan sukanSebagai pengangkutan kos rendah, Tiger Airways mengenakan caj kepada perkhidmatan yang anda pilih. Daripada penerbangan, hotel dan kemudahan jimat, insurans perjalanan, makanan di dalam pesawat malah Luggage Upsize™. Tiger airways memberikan anda kemudahan pendaftaran masuk Kelengkapan Sukan yang menyenangkan.Sekarang, Tiger Airways memperkenalkan lebih banyak kemudahan kepada semua penggemar sukan! Sambil menempah penerbangan anda, anda boleh memilih untuk membawa kayu golf, beg selaman atau item kelengkapan sukan yang besar hanya dengan membayar S$35 setiap sektor penerbangan dan membuat bayaran keperluan perjalanan sekali sahaja! Anda tidak perlu lagi beratur untuk membayar di lapangan terbang. Hanya pilih penerbangan tambang rendah dan klik pada pilihan Kelengkapan Sukan sebelum mengesahkan penempahan. Kemudian, cetak keluar dan pamerkan dokumen pengesahan anda di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Sebelum ini, daftar masuk tidak pernah semudah ini! Sangat mudah. Tanda semak kotak "YA"Pilih pilihan Kelengkapan Sukan pada masa penempahan, semasa bayaran caj semasa, dengan menanda semak kotak "YA"Cari ikon Kelengkapan Sukan apabila menempah penerbangan anda! Sila ambil perhatian, pilihan pembayaran awal Kelengkapan Sukan hanya tersedia secara online atau melalui penempahan pusat panggilan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum waktu berlepas penerbangan. Pengangkutan kelengkapan sukan berlebihan juga tersedia pada daftar masuk lapangan terbang dengan bayaran di kaunter pembayaran berasingan. Sebaik sahaja anda mengesahkan tempahan penerbangan anda, fi Kelengkapan Sukan tidak boleh dikembalikan kecuali anda berhak untuk mendapatkan pulangan wang untuk tambang anda menurut Kondisi Kontrak. Sila rujuk Syarat Pengangkutan untuk melihat syarat dan peraturan yang dikenakan terhadap Kelengkapan Sukan. Tertakluk kepada ketersediaan ruang pada pesawat. Fi Kelengkapan Sukan dikenakan caj Mengikut Sektor, ia bermaksud, untuk perjalanan pulang, fi akan dikenakan caj sekali untuk setiap perjalanan bagi seorang. Cari ikon sektor pada perkhidmatan yang dikenakan caj bagi perjalanan ini.
|



