|
|
|
|
Advertisement
|
|
Penajaan
Tiger Airways berusaha untuk bertindak sebagai warga korporat yang baik pada setiap masa dan mengendalikan sumbangan dan program penajaan sebagai sebahagian daripada usaha samanya dengan masyarakat.
Sebagai sebuah syarikat yang masih muda, kami mempunyai kekurangan dalam apa yang kami boleh berikan dari segi penajaan. Garis panduan penajaan telah dibangunkan untuk membantu memandu anda sambil anda merancang dan melaksanakan berbagai projek dan program.
Secara am
Tiger Airways akan menerima cadangan penajaan dalam semua kategori kecuali:
- Organisasi politik atau ketenteraan
- Organisasi yang memperjuangkan dasar sektarian atau institusi keagamaan
- Organisasi yang nilainya tidak konsisten dengan nilai kami
- Persidangan atau Individu, termasuk permintaan untuk kos perubatan atau kajian
- Projek amal dalam pasaran yang kami tidak hadir di dalamnya
- Projek atau rayuan penubuhan tabung tidak khusus
- Majlis atau promosi persendirian dalam sesebuah organisasi (cth. Makan Malam & Tarian, pelancongan anjuran syarikat, pesta pelancongan dalaman, penggunaan promosi agensi perjalanan, dsb.)
Kembali ke atas
Nilai jenama kami
Untuk membantu anda memahami kedudukan kami, ini adalah gambaran keseluruhan mengenai segala yang penting bagi kami.
- Memperkasakan para pengembara dengan membolehkan mereka terbang dengan lebih kerap.
- Menyediakan opsyen dan pilihan kepada para pelanggan yang mahukan cara mengembara yang selamat dan boleh dipercayai
- Membolehkan orang ramai mengembara ke lebih banyak tempat
Kembali ke atas
Kriteria khas
- Kami lebih suka menyediakan penajaan yang menghasilkan faedah kepada para pelanggan, pekerja dan pemegang saham kami.
- Kehubungkaitan semula jadi dengan perniagaan kami.
Kembali ke atas
Maklumat yang diperlukan dalam cadangan penajaan
Agar dipertimbangkan, penajaan hendaklah merangkumi maklumat berikut.
- Butiran penting peluang berkenaan
- Nilai jenama anda
- Senarai penaja yang telah memberi komitmen sehingga hari ini
- Senarai komprehensif faedah termasuk bagaimana ia berkaitan dengan Tiger Airways
- Garis masa yang merangkumi tarikh penting
- Bukti kelayakan syarikat dan subkontraktor utama anda
- Bilangan peserta yang dijangka secara realistik
Kembali ke atas
Proses permohonan
- Anda hendaklah memberi permohonan secara bertulis yang menghuraikan secara jelas projek dan bajet yang dicadangkan.
- Disarankan agar maklumat berikut didokumenkan secara terperinci sepadan dengan saiz sumbangan yang dicadangkan:
- Hubungan dengan Tiger Airways
- Garis kasar keperluan penajaan
- Maklumat latar belakang organisasi
- Aktiviti khusus projek, bilangan dan jenis peserta/penonton sasaran, garis masa, struktur pengurusan dan strategi penilaian kejayaan projek
- Butiran bajet, termasuk sumbangan daripada sumber lain
- Faedah penaja, strategi untuk mempromosikan projek dan peluang bagi penglibatan Tiger Airways dalam aktiviti organisasi dan projek.
- Kesemua cadangan akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pemasaran kami untuk menilai kesesuaian, kebolehlaksanaan, kos lawan faedah dan sumber yang diperlukan.
- Anda akan dimaklumkan oleh hasil cadangan anda dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan diterima. Sila berikan alamat, nombor telefon dan faks kepada kami agar kami dapat menghubungi anda.
- Tiger Airways berhak untuk memberi respons hanya kepada permohonan yang termasuk dalam senarai terpilih.
- Penyerahan hendaklah dihantar ke :
Tiger Airways Singapore
Jabatan Pemasaran (Penajaan)
Tiger Airways Singapore Pte Ltd
Changi Airport Post Office
P.O. Box 181
Singapore 918147
Tiger Airways Australia
Jabatan Pemasaran (Penajaan)
Tiger Airways Australia Pty Ltd
Peti Surat 2101
Gladstone Park
Melbourne, Victoria
3043
Kembali ke atas
|