|
Dasar privasiPernyataan Dasar Privasi menggariskan dasar dan tanggungjawab Tiger Airways berhubung kutipan, pemprosesan dan pendedahan data pelanggan anda. BAHAGIAN A merujuk pada dasar am dan BAHAGIAN B menangani isu Data Pelanggan yang khusus terhadap penggunaan 'laman web' kami. BAHAGIAN A - Pernyataan Dasar Privasi Data Pelanggan AmBAHAGIAN B - Pernyataan Dasar Privasi bagi Data Pelanggan yang Dikumpulkan Melalui Laman Web KamiBAHAGIAN A - Pernyataan Dasar Privasi Data Pelanggan Am1. Jensi Data PelangganJenis data pelanggan yang dikumpulkan oleh Tiger Airways bergantung pada keadaan pengumpulan dan pada sifat perkhidmatan yang diminta atau urus niaga yang dikendalikan.Terdapat dua kategori data pelanggan yang luas yang kami kumpulkan di Tiger Airways:
2. Tujuan Pengumpulan, Pemprosesan dan PendedahanMenjadi dasar kami untuk tidak meminta data pelanggan yang kami tidak perlukan atau tidak akan gunakan daripada anda. Antara tujuan biasa kami mengumpul data adalah:
Kami mungkin mendedahkan data pelanggan anda kepada pihak ketiga, seperti, pembekal khidmat pelancongan dan pengangkutan atau perniagaan berkaitan perjalanan, rakan kongsi syarikat penerbangan (jika ada), pengurusan lapangan terbang, kakitangan sekuriti dan pengendali lain untuk tujuan memproses program perjalanan anda. Kami mungkin mendedahkan Data Pelanggan anda kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan untuk tujuan sekuriti, kastam dan tujuan imigresen. Di samping itu, Tiger Airways mungkin mendedahkan Data Pelanggan kepada peguam atau penasihat undang-undang kami untuk memastikan, melaksanakan atau membela hak undang-undang kami. Kami juga akan berhak untuk berkongsi Data Pelanggan anda sekiranya berlaku kecemasan yang mengancam nyawa, kesihatan atau sekuriti seseorang individu. 3. Pemindahan Maklumat Luar NegaraIbu Pejabat kami berpangkalan di Singapura. Data pelanggan boleh dipancarkan ke kemudahan penyimpanan data di mana kami menyimpan rekod pusat kami. Maklumat peribadi anda dipindahkan untuk kami melaksanakan kontrak dengan anda. Data Pelanggan ini boleh juga dipindahkan ke pejabat kami di negara-negara lain berhubung perlaksanaan kontrak kami dengan anda. Ia juga mungkin dipindahkan ke rakan kongsi pihak ketiga termasuk pengendali hotel dan pelancongan jika diperlukan berhubung pengaturan pihak ketiga anda.4. PersetujuanDi mana mungkin, kami menerapkan dasar 'memilih untuk menyertai' untuk mendapatkan persetujuan pelanggan. Persetujuan nyata secara bertulis boleh didapatkan daripada anda di mana mungkin apabila mengumpulkan data pelanggan anda cth. menandatangani borang atau menandakan kotak. Kami juga mengakui bahawa semasa melaksanakan fungsi perkhidmatan seperti membuat tempahan, bahawa maklumat ini disebabkan oleh sifat tugas yang dilaksanakan akan perlu dipetik dan disimpan. Dalam keadaan seperti ini, persetujuan adalah tersirat cth. anda memaklumkan kami bahawa anda mempunyai alahan atau masalah kesihatan tertentu.Di samping itu, anda boleh menarik balik persetujuan nyata anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Tiger Airways (lihat Bahagian 10) atau meminda data pelanggan anda dengan melog masuk ke akaun laman web anda. (Nota: perkhidmatan ini hanya digunakan bagi pelanggan yang mendaftar melalui laman web kami). Kami tidak akan mendapatkan persetujuan bagi 'data tingkah laku' kerana ini tidak berkaitan dengan rekod pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan penggunaan data pelanggan yang diperoleh daripada laman web kami, sila rujuk Bahagian B. 5. AksesTiger Airways boleh, setelah anda meminta secara bertulis daripada kami membenarkan anda untuk melihat data pelanggan peribadi yang kami telah simpan mengenai anda. Kami berhak untuk mengenakan fi pentadbiran yang munasabah kerana memberi anda akses kepada Data Pelanggan anda. Setelah menerima permintaan anda, kami akan memperakuinya dan memberi anda anggaran bila kami akan dapat memberi respons kepada permintaan anda. Dalam keadaan tertentu, Tiger Airways berhak menafikan akses anda kepada Data Pelanggan peribadi anda dan akan memberi anda penjelasan mengenainya.6. PenyimpananKami akan menyimpan data pelanggan anda selama yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Selepas waktu ini, data pelanggan ini akan dimusnahkan atau dinyahidentiti secara kekal.7. KetepatanKami memerlukan bantuan anda untuk memastikan data ini terkini. Anda boleh memaklumkan kami mengenai perubahan dalam data pelanggan anda dengan menghubungi kami dan melakukannya secara bertulis .Jika anda pengguna web yang berdaftar, anda boleh melog masuk ke akaun laman web anda. Tiger Airways boleh juga meminta pengemaskinian data pelanggan daripada anda dari semasa ke semasa. 8. Pengawalan SekuritiTiger Airways memandang berat sekuriti dan perlindungan data pelanggan anda dan menerapkan pengawalan sekuriti untuk menyimpan dan memancarkan data melalui sistem kami. Jika seseorang pelanggan tidak berhati-hati secara munasabah untuk memastikan kerahsiaan data pelanggannya, Tiger Airways tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai sekuriti, anda hendaklah menghubungi kami.9. Pengemaskinian Pernyataan Dasar PrivasiKami akan meminda pernyataan Dasar Privasi dari semasa ke semasa dan mengemas kini versi yang dipaparkan di laman web kami.Tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa, bahasa yang digunakan bagi Dasar Privasi ini adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku ketidaktekalan dalam interpretasi di antara versi Bahasa Inggeris dengan sebarang terjemahan Dasar Privasi ini, pernyataan Dasar Privasi ini dalam Bahasa Inggeris akan berkuat kuasa. 10. Hubungi KamiJika anda ada sebarang komen atau soalan mengenai pernyataan Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di Tiger Airways c/o Changi Airport Post Office, P.O. Box 181, Singapore 918147.BAHAGIAN B - Pernyataan Dasar Privasi bagi Data Pelanggan yang Dikumpulkan Melalui Laman Web Kami1. Pengawalan SekuritiKami memandang serius perlindungan data pelanggan anda di laman web kami.Kesemua data pelanggan yang dikumpulkan melalui laman web kami di www.tigerairways.com dilindungi oleh pelayan yang terjamin. Di samping itu, SSL (Lapisan Soket Selamat) memastikan pemancaran data secara selamat dari internet ke sistem kami. 2. Data ClickstreamUntuk meningkatkan pengalaman dalam talian, kami boleh menjejaki tingkah laku online atau data click stream data untuk memajukan penggunaan halaman web kami oleh anda dan menjejaki rujukan dari laman web lain. Data seperti ini akan disimpan dalam rekod pelanggan anda, dan akan hanya diagregatkan untuk analisis statistik.3. Pautan ke Laman Web LainKami boleh memberi anda pautan ke laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Sementara kami akan melindungi data pelanggan anda di laman web Tiger Airways, kami tidak boleh mengawal dasar laman web lain yang mempunyai pautan ke laman web kami, atau penggunaan sebarang data pelanggan yang anda mungkin berkongsi dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa pernyataan Dasar Privasi kami tidak meliputi laman web lain ini, dan kami menyarankan yang anda dimaklumkan mengenai dasar khusus mereka.4. Kanak-kanak Di bawah UmurTiger Airways tidak dapat membezakan usia individu yang mengakses dan menggunakan laman webnya. Jika kanak-kanak di bawah umur (menurut undang-undang yang berkuat kuasa) telah memberi kami data pelanggan tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga, ibu bapa atau penjaga tersebut harus menghubungi kami untuk mengeluarkan data pelanggan yang berkaitan dan menyahlanggan mereka. |



