|
Flight Combo™Tawaran sebenar dalam menempah seluruh perjalanan anda sekaligusMengapa berhenti pada hanya satu destinasi percutian? Mengembara dan lihat lebih banyak tempat dengan sistem tempahan online terbaru Tiger Airways'- Flight Combo™!Dengan Flight Combo™, anda kini mempunyai pilihan untuk membeli lebih dari satu penerbangan dalam tempahan tunggal. Semak tiket bagi kedua-dua perjalanan dalam satu semakan, kemudian hanya buat satu bayaran. Tapi pastikan untuk peruntukkan masa yang cukup bagi menyelesaikan urusan imigresen dan daftar masuk di terminal yang dinyatakan untuk ke penerbangan seterusnya. Klik di sini untuk lihat perjalanan kami. Maklumat lanjut mengenai Flight Combo™Tiada kemudahan pindahan di terminal yang dinyatakan, jadi semua penumpang yang memilih untuk menempah penerbangan kombinasi perlu pastikan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang relevan untuk memasuki negara yang dinyatakan.Penumpang harus peruntukkan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan urusan imigresen dan daftar masuk di terminal yang dinyatakan untuk ke penerbangan seterusnya. Tiger Airways menyarankan agar memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 (tiga) jam bagi menyelesaikan proses imigresen dan daftar masuk. Sila rujuk kepada Syarat pengangkutan kami untuk terma dan syarat penuh. Perkhidmatan ulang-alik percuma ke bandar
Jikalau anda akan transit di Singapura untuk sekurang-kurang 5 jam sebelum penerbangan sambungan anda yang seterusnya, anda boleh mendaftar untuk 2 jam lawatan di Singapura dengan pilihan diantara lawatan warisan etnik atau lawatan kolonial Singapura. Pendaftaran adalah berdasarkan ketersediaan tempat dan tertakluk kepada keperluan visa masuk daripada Immigration & Checkpoints Authority. Tertakluk kepada terma dan kondisi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sini.
|



