Artikel 1: Definisi
1.1 Maksud: Dalam Terma dan Syarat ini, ungkapan khusus berikut membawa maksud berikut:
- "Bagasi" atau "bagasi" bermaksud harta peribadi anda yang mengiringi anda berkaitan perjalanan anda. Kecuali dinyatakan sebaliknya, ia merangkumi kedua-dua Bagasi yang Didaftar Masuk dan Tidak Didaftar Masuk
- "Tag Pengenalan Bagasi" bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh kami semata-mata sebagai pengenalan Bagasi yang Didaftar Masuk.
- “Pengesahan Tempahan” bermaksud dokumen yang dikeluarkan, secara elektronik atau sebaliknya, oleh Pengendali, yang mengesahkan tempahan dan mengandungi nombor rujukan tempahan dan Terma dan Syarat ini.
- "Pengendali" bermaksud Tiger Airways Pte Ltd Co No. Pendaf. 200312665W atau Tiger Airways Australia Pty Limited ABN 52 124 369 008 menurut mana yang patut (lihat juga definisi "kami”, "milik kami", "diri kami" dan "kita").
- "Bagasi yang Didaftar Masuk" bermaksud Bagasi yang kami jaga dan yang kami keluarkan Tag Pengenalan Bagasi, ia juga kadangkala dirujuk sebagai "bagasi berdaftar".
- "Syarat Kontrak" bermaksud pernyataan yang terkandung dalam atau disampaikan dengan Pengesahan Tempahan (termasuk Terma dan Syarat ini), dan terkandung dalam Laman Web (termasuk tetapi tidak terhad pada Tiger Airways halaman “Bantuan” dan halaman lain yang dirujuk dalam dokumen ini), Tarif dan notis kami yang disediakan di pejabat dan kaunter pendaftaran masuk.
- "Ganti Rugi" termasuk kematian, kecederaan tubuh badan terhadap Penumpang, kelewatan, kerugian, kerugian separa atau kerosakan termasuk Bagasi, yang berpunca daripada atau berhubung dengan pengendalian atau perkhidmatan lain sampingan kepada perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kami.
- "Hari" bermaksud hari kalendar, termasuk kesemua tujuh hari seminggu, dengan syarat, untuk tujuan pemberitahuan, hari yang notis dihantar tidak boleh dikira.
- "Penerbangan Domestik" bermaksud pengendalian sepenuhnya dalam Australia.
- “Fi dan caj” bermaksud halaman bertajuk “Fi dan caj” pada laman Web kami .
- "Penerbangan Antarabangsa" bermaksud pengendalian di antara dua negara.
- "Perjalanan" bermaksud penerbangan atau penerbangan-penerbangan menurut Pengesahan Tempahan.
- “Luggage Upsize™” bermaksud perkhidmatan “Luggage Upsize™” kami seperti yang diperincikan dalam laman Web kami .
- “Persidangan Montreal” bermaksud Persidangan Montreal (1999);
- "Penumpang"," anda", "milik anda" dan "diri anda" bermaksud mana-mana individu, kecuali ahli kru, yang dibawa atau akan dibawa dalam pesawat dengan kebenaran kami.
- "Sektor" bermaksud penerbangan dari lapangan terbang di tempat asal ke lapangan terbang di destinasi .
- "Tempat Duduk" bermaksud tempat duduk dalam pesawat kami.
- "Tarif" bermaksud tambang dan caj kami yang diterbitkan secara elektronik atau pada kertas dan syarat yang berkuat kuasa terhadapnya.
- "Terma & Syarat" bermaksud Terma dan Syarat Pengendalian.
- "Bagasi Tidak Didaftar Masuk", bermaksud sebarang Bagasi selain daripada Bagasi yang Didaftar Masuk termasuk kesemua item yang dibeli oleh anda ke dalam kabin pesawat.
- "Persidangan Warsaw" bermaksud:
- Persidangan untuk Penyatuan Peraturan Tertentu Berkaitan Pengendalian Antarabangsa melalui Udara, yang ditandatangani di Warsaw, 12 Oktober 1929 (selepasa ini dirujuk sebagai "Persidangan Warsaw");
- Persidangan Warsaw mengikut pindaan di The Hague pada 28 September 1955;
- Persidangan Tambahan Guadalajara (The Guadalajara Supplementary Convention) 1961;
- Persidangan Warsaw pindaan melalui Protokol Tambahan No.1 Montreal (1975);
- Persidangan Warsaw pindaan melalui Protokol Tambahan No.2 Montreal (1975); dan
- Persidangan Warsaw pindaan melalui Protokol Tambahan No. 4 Montreal (1975);
- "Kami", "milik kami", "diri kami", "kita" dan "Pengendali" bermaksud Tiger Airways Singapore Pte Ltd Co No. Pend. 200312665W atau Tiger Airways Australia Pty Ltd ABN 52 124 369 008 mengikut yang berkenaan.
- "Laman Web" bermaksud laman internet www.tigerairways.com yang disediakan oleh kami untuk tujuan membolehkan para Penumpang membuat tempahan onlinedan untuk mengakses maklumat mengenai kami.
1.2 Kapsyen:
Tajuk atau kapsyen setiap Artikel dalam Terma & Syarat ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pentafsiran teks.
Kembali ke atas
Artikel 2: Kebolehgunaan
2.1 Am:
Terma & Syarat ini digunakan bagi pengendalian melalui udara atau oleh kaedah pengendalian lain termasuk pengangkutan darat bagi para Penumpang dan Bagasi yang dilaksanakan oleh kami atau bagi pihak kami dan terhadap sebarang liabiliti yang kami mungkin ada berhubung pengendalian dan pengangkutan.
2.2 Terma & Syarat yang berkuat kuasa:
Kecuali diperuntukkan dalam Terma & Syarat, sekiranya berlaku ketidaktekalan di antara Terma & Syarat ini dengan mana-mana peruntukan lain dalam Syarat Kontrak atau sebarang peraturan lain, kami mungkin berurusan dengan perkara tertentu, Terma & Syarat ini akan berkuat kuasa.
2.3 Bahasa:
Bahasa Terma & Syarat ini adalah Bahasa Inggeris dan meskipun terdapat sebarang terjemahan bagi Terma & Syarat ini dalam bahasa lain, Bahasa Inggeris adalah bahasa tunggal yang digunakan dalam mentafsirkan Terma & Syarat ini.
2.4 Undang-undang yang mengatasi:
Jika Terma dan Syarat ini atau mana-mana daripadanya tidak konsisten dengan sebarang undang-undang, undang-undang tersebut hendaklah berkuat kuasa. Ketaksahan sebarang peruntukan tidak akan mempengaruhi kesahan mana-mana peruntukan lain.
Kembali ke atas
Artikel 3: Kesahan
3.1 Bukti kontrak Prima Facie:
Pengesahan Tempahan adalah bukti prima facie bagi kontrak pengendalian di antara Penumpang dengan kami. Syarat Kontrak ini merangkumi keseluruhan kontrak pengendalian di antara anda dengan kami.
3.2 Kesahan:
Pengesahan Tempahan hanya sah bagi Penumpang(-Penumpang) yang dinamakan dan penerbangan(-penerbangan) yang dinyatakan di dalamnya tertakluk pada sebarang pertukaran selanjutnya menurut Artikel 5.3 di bawah. Pengesahan Tempahan sah bagi 1 (satu) tahun dari tarikh ia dikeluarkan.
3.3 Identiti:
Kami menyediakan pengendalian hanya kepada Penumpang yang dinamakan dalam Pengesahan Tempahan. Anda akan perlu menghasilkan pengenalan yang sewajarnya semasa pendaftaran masuk. Sila rujuk Artikel 6 untuk maklumat lanjut.
Kembali ke atas
Artikel 4: Tambang
4.1 Am:
Tambang digunakan hanya untuk pengendalian dari lapangan terbang di tempat asal ke lapangan terbang di destinasi . Tambang tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan darat di antara lapangan terbang dan di antara lapangan terbang dengan terminal bandar kecuali sebaliknya dinyatakan secara khusus oleh kami. Kami pengendali dari destinasi ke destinasi secara ketat dan tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang penerbangan penghubung. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atas kegagalan anda untuk mencapai sebarang penerbangan penghubung. Tambang akan dikira menurut Tarif kami yang berkuat kuasa pada tarikh pembayaran Pengesahan. Tempahan bagi penerbangan atau penerbangan-penerbangan yang berkaitan. Sebarang perubahan penerbangan yang diluluskan mungkin tertakluk pada pembayaran tambahan yang perlu dibayar, seperti yang dinyatakan dalam dokumen ini.
4.2 Bayi:
Bayi di bawah usia 2 (dua) tahun (pada tarikh perjalanan) boleh terbang pada fi pentadbiran yang berkuat kuasa setiap Sektor dengan syarat dia duduk di atas riba seorang dewasa. Hanya seorang bayi dibenarkan bagi seorang dewasa. Tiada tempat duduk bayi atau kereta sorong bayi dibenarkan dalam kabin pesawat. Kanak-kanak yang berusia lebih 2 (dua) tahun akan memerlukan Pengesahan Tempahan mereka sendiri dan Tempat Duduk berasingan seperti mana-mana Penumpang lain. Bayi yang baru lahir yang berusia kurang daripada 7 (tujuh) hari tidak akan diterima untuk pengendalian.
4.3 Caj cukai dan insurans:
Sebarang cukai, fi atau caj yang dikenakan oleh kerajaan atau pihak berkuasa lain oleh operator lapangan terbang berhubung penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan oleh anda adalah sebagai tambahan kepada tambang, fi dan caj pentadbiran kami dan hendaklah ditanggung oleh anda, kecuali dinyatakan sebaliknya secara khusus oleh kami. Cukai, fi dan caj yang dikenakan seperti ini ke atas perjalanan udara dari semasa ke semasa dan boleh dikenakan meskipun selepas tarikh tempahan anda disahkan. Anda hendaklah bagaimanapun menanggung cukai, fi atau caj seperti ini apabila sahaja ia perlu dibayar sebelum berlepas kecuali dinyatakan sebaliknya.
4.4 Mata wang:
Tambang dan caj perlu dibayar dalam mata wang yang ditetapkan dengan tambang kami yang diterbitkan kecuali dipersetujui sebaliknya oleh kami.
4.5 Ketepatan:
Kesemua tambang, jadual penerbangan dan laluan yang diterbitkan adalah betul semasa ia diterbitkan. Kami berhak untuk mengubah sebarang tambang dan jadual penerbangan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu.
4.6 Tambang yang berkuat kuasa:
Tambang yang berkuat kuasa adalah yang diterbitkan oleh kami atau bagi pihak kami, sama ada secara elektronik atau melalui medium lain. Tambang mungkin merangkumi fi pentadbiran, caj perkhidmatan dan caj lain kecuali dinyatakan sebaliknya secara khusus oleh kami.
4.7 Fi pentadbiran:
Kami berhak untuk mengenakan fi pentadbiran yang munasabah untuk perkhidmatan sampingan yang tidak termasuk dalam pengesahan tempahan.
Kembali ke atas
Artikel 5: Tempahan tempat duduk / penempahan
5.1 Keperluan penempahan:
Tempahan Tempat Duduk disahkan setelah pembayaran penuh tambang dibuat dan setelah kami mengeluarkan Pengesahan Tempahan kepada anda. Setelah disahkan, tempahan ini tidak boleh dibatalkan dan pembayaran tidak boleh dikembalikan kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini.
5.2 Tempahan kumpulan:
Ini ditadbir oleh terma khusus yang berubah dari semasa ke semasa. Sila hubungi kami untuk butiran lanjut.
5.3 Perubahan penerbangan:
Dalam tempoh 4 (empat) jam sebelum masa berangkat penerbangan yang dijadualkan, tiada perubahan dibenarkan. Di luar tempoh 4 (empat) jam sebelum masa berangkat penerbangan yang dijadualkan, anda dibenarkan untuk mengubah penerbangan yang ditempah ke penerbangan lain tertakluk pada ketersediaan, pembayaran caj yang berkuat kuasa bagi setiap Penumpang setiap Sektor dan juga tertakluk pada syarat berikut:
- Jika penerbangan baru yang ditempah adalah pada tambang yang lebih rendah daripada penerbangan ditempah yang dibatalkan, perbezaan tambang tidak akan dikembalikan kepada Penumpang.
- Jika penerbangan yang baru ditempah adalah pada tambang yang lebih tinggi daripada penerbangan ditempah yang dibatalkan, perbezaan tambang hendaklah dibayar oleh Penumpang sebelum pembatalan atau perubahan boleh dibuat.
- Perubahan ini tidak disahkan sehingga kami mengeluarkan Pengesahan Tempahan kepada anda.
- Perubahan tidak boleh dibuat kepada mana-mana bahagian Perjalanan gabungan penerbangan setelah penerbangan pertama telah berlepas.
5.4 Tambang promosi:
Artikel 5.3 mengenai peraturan Perubahan Penerbangan tidak berkuat kuasa bagi tambang promosi terpilih tertentu. Sila rujuk terma dan syarat promosi khusus untuk maklumat lanjut.
5.5 Name changes:
Pertukaran nama dibenarkan melalui pusat panggilan setelah pembayaran fi pertukaran yang berkuat kuasa dibayar (lihat Fi dan caj) serta sebarang kos tambahan di antara jumlah harga asal yang dibayar dengan harga yang perlu dibayar bagi penerbangan baru semasa perubahan dibuat. Pertukaran nama boleh dibuat sehingga 4 (empat) jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan.
5.6 Pembayaran:
Tambang hendaklah dibayar sepenuhnya apabila tempahan dibuat. Sekiranya tambang belum dibayar sepenuhnya semasa tempahan disahkan atas apa jua sebab pun, kami berhak membatalkan tempahan ini pada bila-bila masa sebelum pendaftaran masuk dan/atau tidak membenarkan anda menaiki pesawat.
5.7 Data peribadi:
Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa data peribadi anda telah diberi kepada kami untuk tujuan membuat tempahan bagi pengendalian dan untuk memberi anda pengesahan tempahan tersebut, DAN untuk menyediakan dan membangunkan perkhidmatan dan kemudahan sampingan, pemasaran dan komunikasi dengan anda berkaitan promosi, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan rakan perkhidmatan kami, memudahkan prosedur imigresen dan kemasukan, pengebilan dan pengauditan, memeriksa kad kredit atau bayaran lain, sekuriti, tujuan pentadbiran dan undang-undang, pengeluaran kad kredit, ujian sistem, penyenggaraan dan pembangunan, analisis statistik, dan membantu kami dalam urusan kami dengan anda pada masa hadapan. Untuk tujuan ini, dengan menyertai kontrak pengendalian dengan kami, anda memberi kuasa kepada kami untuk menyimpan dan menggunakan data peribadi anda dan untuk memancarkannya ke pejabat kami sendiri, ejen kami yang sah dan rakan sekutu perniagaan pihak ketiga, agensi kerajaan, serta pengendali lain atau pembekal perkhidmatan yang dinyatakan di atas. Untuk maklumat lanjut sila lihat Pernyataan Privasi di www.tigerairways.com.
Anda boleh mendapat akses kepada maklumat yang kami pegang mengenai anda dan meminta pembetulan maklumat peribadi dengan menulis kepada Tiger Airways di:
Tiger Airways
Changi Airport Post Office
P.O. Box 181
Singapore 918147
|
Tiger Airways Australia Pty Limited
PO Box 2101
Gladstone Park
Melbourne 3043
Australia |
5.8 Pengaturan tempat duduk:
Kami tidak boleh menjamin sebarang tempat duduk tertentu. Kami berhak untuk memperuntukkan atau memperuntukkan semula tempat duduk pada bila-bila masa, meskipun selepas menaiki pesawat. Ini mungkin perlu atas alasan operasi, keselamatan atau sekuriti. Merokok dilarang dalam mana-mana penerbangan kami. Anda bersetuju untuk menerima sebarang tempat duduk yang disediakan kepada anda dalam pesawat oleh kru penerbangan kami.
5.9 Tambang tidak boleh dikembalikan:
Tambang tidak boleh dikembalikan pada setiap masa kecuali sebaliknya dinyatakan dalam Terma dan Syarat.
Kembali ke atas
Artikel 6: Pendaftaran masuk dan lain-lain keperluan pengendalian
6.1 Pendaftaran masuk, batas waktu dan syarat:
Anda hendaklah tiba di lapangan terbang cukup awal daripada masa penerbangan berlepas yang dijadualkan untuk membolehkan penyempurnaan urusan rasmi kerajaan dan prosedur pendaftaran masuk. Kaunter pendaftaran masuk lapangan terbang kami dibuka 2 (dua) jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan. Batas waktu pendaftaran masuk berbeza di lapangan terbang yang berlainan untuk penerbangan tertentu. Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan yang anda mematuhi batas waktu tertentu ini yang akan disediakan kepada anda semasa anda membuat tempahan. Dalam apa jua keadaan, kami berhak untuk tidak menerima anda untuk perjalanan jika anda tiba di kaunter pendaftaran masuk lapangan terbang kami kurang daripada 45 minit sebelum masa penerbangan anda berlepas. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan lain dalam Terma & Syarat ini yang mentadbir hak untuk menolak pengendalian, kami berhak untuk tidak membenarkan anda mendaftar masuk tanpa sebarang liabiliti kepada anda dan tanpa perlu membayar balik kepada anda sebarang tambang yang dibayar:
- Jika anda mencuba untuk mendaftar masuk di lapangan terbang setelah kaunter pendaftaran masuk lapangan terbang ditutup.
- Jika anda gagal mempunyai pengenalan yang sewajarnya atau gagal mengenal pasti diri anda kepada kakitangan kami.
- Jika anda gagal memiliki dokumen, permit, visa yang diperlu untuk perjalanan ke tempat atau negara tertentu.
- Jika anda belum membayar sepenuhnya sebarang tambang atau fi atau caj lain yang perlu dibayar kepada kami.
- Jika anda ganas terhadap kakitangan kami atau menyebabkan gangguan di kaunter kami atau menyakiti kakitangan kami sama ada secara fizikal atau secara lisan.
- Jika kerajaan atau pihak berkuasa lain melarang anda daripada mendaftar masuk atau menaiki pesawat (kecuali anda tidak mungkin mengetahui secara munasabah alasannya);
- Jika menurut pertimbangan kami, anda tidak layak untuk melakukan perjalanan ini akibat mabuk atau sebarang gejala perubatan yang nyata.
- Jika menurut pertimbangan kami, anda tidak layak dari segi perubatan untuk melakukan perjalanan atau keadaan perubatan anda mengakibatkan atau boleh mengakibatkan atau ancaman kesihatan kepada para Penumpang lain.
6.2.1 Keperluan untuk pendaftaran masuk lapangan terbang:
Semasa mendaftar masuk, anda perlu memberi maklumat tertentu berhubung penerbangan dan identiti anda. Ini hendaklah termasuk Pengesahan Tempahan bagi penerbangan tersebut dan bentuk pengenalan yang boleh diterima. Untuk Penerbangan Domestik ini adalah pengenalan foto yang sah dan bagi Penerbangan Antarabangsa ia perlulah pasport yang sah dengan tempoh sah yang diperlukan. Bagi bayi yang tidak memerlukan tempat duduk mereka sendiri, bukti usia (di bawah 2 (dua) tahun) mungkin diperlukan, seperti sijil lahir bagi Penerbangan Domestik sahaja. Fi mungkin akan dikenakan bagi daftar masuk di lapangan terbang.
6.2.2 Syarat untuk daftar masuk web:
Jika anda mengambil Penerbangan Domestik dan tiada sebarang pendaftaran bagasi, anda perlu mengisi Web Check-in di laman kami, jikalau tidak, fi akan dikenakan bagi pendaftaran masuk di lapangan terbang. Sila rujuk kepada kondisi Web Check-in di sini.
6.3 Menaiki pesawat:
Anda hendaklah berada di pintu menaiki pesawat (setelah mendaftar masuk) sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa berlepas yang dijadualkan. Pintu menaiki pesawat ditutup 20 minit sebelum berlepas. Penumpang yang tiba lewat di pintu menaiki pesawat tidak akan diterima untuk perjalanan, beg mereka akan diturunkan dan tiada pampasan diberi. Untuk perjalanan dalam penerbangan yang lebih lewat, anda akan perlu membuat tempahan baru pada tambang yang berkenaan.
6.4 Tidak hadir:
Jika anda gagal mendaftar masuk tepat pada masanya atau gagal menaiki pesawat sebelum pesawat berlepas, tambang yang anda bayar tidak akan dikembalikan kepada anda untuk apa jua sebab pun.
6.5 Pematuhan:
Anda bertanggungjawab secara tunggal untuk mematuhi kesemua undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan dan keperluan negara anda terbang dari, ke atau melalui dan dengan Terma & Syarat, notis dan arahan yang diberi oleh kami berkaitan dengannya. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun kepada anda bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan atau mematuhi undang-undan, peraturan, perintah, tuntutan, notis, keperluan atau arahan yang berkenaan, sama ada diberi secara lisan atau secara bertulis atau sebaliknya, atau atas akibat kepada anda disebabkan kegagalan anda untuk mendapatkan dokumen berkenaan atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan, notis, keperluan atau arahan berkenaan.
6.6 Dokumen perjalanan:
Anda bertanggungjawab secara tunggal untuk memperoleh dan hendaklah memiliki dan menyediakan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan kesemua dokumen masuk dan keluar, kesihatan dan dokumen lain yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan negara yang anda terbang dari, ke atau melalui. Kami berhak untuk menolak untuk mengangkut mana-mana Penumpang yang tidak mematuhi, atau yang dokumennya tidak kelihatan seperti mematuhi undang-undang, peraturan, perintah, tuntutan atau keperluan yang berkenaan.
6.7 Penolakan kemasukan:
Anda bersetuju untuk membayar tambang yang berkenaan dan/atau penalti atau denda bila sahaja kami, atas perintah daripada mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa imigresen, diperlukan untuk mengembalikan anda ke tempat asal atau tempat lain, disebabkan oleh ketidakbolehmasukan anda ke sesebuah negara, sama ada negara transit atau destinasi. Dalam keadaan seperti ini, kami tidak akan mengembalikan tambang kepada anda.
6.8 Penumpang bertanggungjawab ke atas denda, kos penahanan, dsb.:
Jika kami diperlukan untuk membayar atau mendeposit sebarang denda atau penalti atau menanggung sebarang perbelanjaan atas sebab kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, tuntutan, atau keperluan perjalanan lain bagi negara yang anda terbang dari, ke atau melalui atau untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan, anda hendaklah membayar balik sebarang amaun yang telah dibayar atau perbelanjaan yang ditanggung atau perlu dibayar kepada kami. Kami boleh menggunakan nilai sebarang pengendalian yang belum digunakan oleh anda, atau sebarang dana yang perlu dibayar kepada anda dalam milik anda terhadap pembayaran seperti ini.
6.9 Pemeriksaan sekuriti:
Anda hendaklah menyerah kepada sebarang pemeriksaan sekuriti oleh kerajaan atau pegawai lapangan terbang atau oleh kami.
Kembali ke atas
Artikel 7: Gabungan penerbangan
7.1 Pengendali boleh menawarkan dua atau lebih Sektor penerbangan untuk jualan dalam satu penempahan dari destinasi khusus, yang boleh ditukar dari semasa ke semasa.
7.2 Kesemua penumpang yang melakukan Perjalanan dalam lebih daripada satu Sektor seperti dalam Artikel 7.1 hendaklah lulus kastam dan imigresen, di mana berkenaan, dan telah menuntut semula sebarang Bagasi yang Didaftarkan sebelum mendaftar masuk ke penerbangan yang selanjutnya. Minimum tiga jam hendaklah diberikan untuk menyempurnakan formaliti ketibaan dan pendaftaran masuk. Penumpang tidak dibenarkan perhentian bermalam selama lebih daripada 24 jam.
7.3 Kesemua Penumpang bertanggungjawab secara tunggal ke atas dokumentasi perjalanan termasuk visa yang berkenaan untuk kemasukan ke negara perantara menurut Artikel 6.6 di atas.
7.4 Tertakluk pada peruntukan Terma dan Syarat ini dan sebarang undang-undang yang berkuat kuasa, Pengendali tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun bagi sebarang kerugian yang ditanggung oleh Penumpang akibat perubahan jadual yang menyebabkan Penumpang mungkin tidak dapat menyempurnakan Perjalanannya. Usaha yang terbaik akan dibuat untuk menawarkan tempat duduk dalam penerbangan berikut yang ada bagi Sektor yang berkaitan.
Kembali ke atas
Artikel 8: Penolakan dan had pengendalian
8.1 Hak untuk menolak pengendalian:
Kami boleh menolak untuk mengangkut anda atau Bagasi anda atas alasan keselamatan atau jika, dalam melaksanakan budi bicara munasabah kami, kami menentukan bahawa:
- Tindakan seperti ini perlu atas alasan keselamatan atau sekuriti.
- Tindakan seperti ini perlu demi mematuhi undang-undang, peraturan atau perintah yang berkuat kuasa bagi mana-mana negeri atau negara yang anda akan diterbangkan dari, ke atau melalui.
- Kelakuan, status, usia atau keadaan mental atau fizikal anda atau keadaan fizikal Bagasi anda dalam keadaan yang
- memerlukan bantuan khas; atau
- menyebabkan kemudaratan, ketakselesaan atau membuat anda tidak disenangi oleh para Penumpang lain atau kru kami; atau
- terlibat dalam sebarang bahaya atau risiko kepada diri anda sendiri atau orang lain atau kepada harta benda.
- Anda telah melakukan salah laku semasa penerbangan terdahulu dan kelakuan seperti itu mungkin diulangi.
- Anda tidak mengikuti, atau kemungkinan gagal untuk mengikuti arahan.
- Anda telah enggan untuk menyerah kepada pemeriksaan sekuriti.
- Tambang yang berkenaan atau sebarang caj atau cukai yang perlu dibayar belum dibayar; atau pengaturan kredit yang dipersetujui antara kami dengan anda (atau individu yang membayar tambang) tidak ditepati.
- Pembayaran tambang anda adalah satu penipuan.
- Anda tidak mempunyai dokumen yang betul untuk perjalanan.
- Tempahan Tempat Duduk anda dibuat secara menipu atau melanggar undang-undang atau telah dibeli oleh individu yang tidak dibenarkan oleh kami.
- Kad kredit yang anda gunakan untuk membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri.
- Pengesahan Tempahan adalah palsu atau diperoleh secara menipu.
- Pengesahan Tempahan telah diubah oleh orang lain selain daripada kami atau ejen yang sah, atau telah dicacatkan (dalam hal ini kami berhak untuk menyimpan dokumentasi seperti ini).
- Individu yang mendaftar masuk atau yang menaiki pesawat tidak dapat membuktikan yang dia individu yang dinamakan sebagai Penumpang pada Pengesahan Tempahan (kami berhak untuk menyimpan Pengesahan Tempahan tersebut dalam keadaan ini).
8.2 Kanak-kanak yang tidak ditemani:
Tertakluk pada yang berikut, kanak-kanak di bawah usia 15 tahun tidak akan diterima untuk pengendalian kecuali ditemani oleh seorang dewasa yang berusia 18 tahun keatas. Sesiapa yang berusia di antara 12 hingga 14 tahun termasuk kedua-duanya boleh diterima untuk pengendalian tanpa ditemani dengan penandatanganan borang indemniti semasa pendaftaran masuk di setiap lapangan terbang berlepas oleh salah seorang ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa dan penjaga hendaklah kekal di lapangan terbang hingga penerbangan berlepas. Undang-undang yang berkuat kuasa bagi setiap negara mungkin berbeza dari segi pengendalian kanak-kanak yang tak ditemani. Belia yang berusia 15 hingga 17 tahun termasuk kedua-duanya boleh melakukan perjalanan tanpa ditermani.
8.3 Bantuan khas:
Kami tidak dapat memberi penyeliaan kepada Penumpang yang melakukan perjalanan seorang tetapi boleh menyediakan bantuan yang terhad apabila diminta. Bantuan yang kami boleh sediakan dibentangkan dalam Dasar Bantuan Khas kami. Sila hubungi pusat panggilan Tiger Airways untuk maklumat lanjut.
8.4 Penumpang yang kekurangan mobiliti:
Atas alasan keselamatan, Tiger Airways boleh membawa bilangan maksimum hanya 2 (dua) Penumpang dengan kekurangan mobiliti dan memerlukan bantuan di lapangan terbang dan dalam pesawat, dalam setiap penerbangan. Sila rujuk Dasar Bantuan Khas. Kami hendaklah dimaklumkan mengenai keadaan/keperluan ini sekurang-kurangnya 5 (lima) hari sebelum perlepasan yang dijadualkan melalui pusat panggilan Tiger Airways. Kegagalan untuk memaklumkan kami terlebih dahulu akan mengakibatkan perkhidmatan ini tidak disediakan apabila anda tiba di lapangan terbang dan anda enggan diangkut. Mungkin terdapat fi yang dikenakan bagi beberapa perkhidmatan yang kami perlu peroleh daripada pihak ketiga. Perkhidmatan ini mungkin tidak disediakan bagi kesemua laluan disebabkan oleh kekurangan lapangan terbang setempat.
8.5 Penumpang yang mengalami masalah penglihatan:
Penumpang seperti ini dibenarkan untuk diangkut tertakluk pada terma Dasar Bantuan Khas kami.
8.6 Penumpang Hamil:
Menjadi tanggungjawab Penumpang yang hamil untuk memaklumkan kami mengenai tempoh kehamilannya semasa membuat tempahan. Tertakluk pada had. Sila rujuk Dasar Bantuan Khas kami.
8.7 Bayi Di Bawah Usia 7 Hari:
Bayi tersebut tidak dibenarkan untuk pengendalian.
Kembali ke atas
Artikel 9: Bagasi
9.1 Item Yang Tidak Boleh Diterima Sebagai Bagasi Atau Dibawa Dalam Bagasi:
Kami berhak untuk enggan mengangkut Bagasi atau item yang didapati dalam Bagasi seperti berikut:
- Item yang tidak dikemaskan dengan betul dalam beg pakaian atau bekas yang sesuai demi memastikan pengendalian yang selamat dengan penjagaan dan pengendalian biasa;
- Item yang mungkin membahayakan pesawat atau individu atau harta benda dalam pesawat, seperti yang dinyatakan secara khusus dalam Peraturan Barangan Berbahaya oleh Organisasi Penerbangan Awam (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dalam Terma & Syarat dan Syarat Kontrak;
- Item yang pengendaliannya dilarang oleh undang-undang, peraturan dan perintah yang berkuat kuasa bagi mana-mana negeri atau negara yang pesawat akan diterbangkan dari, ke atau melalui.
- Item yang menurut pandangan munasabah kami tidak sesuai untuk diangkut atas sebab berat, bentuk, saiz atau sifatnya;
- Item yang mudah pecah atau cepat rosak;
- Haiwan yang hidup atau mati;
- Mayat manusia atau bangkai haiwan;
- Makanan laut segar atau disejuk beku atau daging lain dengan syarat item seperti ini boleh dibawa dalam kapal terbang sebagai Bagasi Yang Didaftar Masuk hanya jika kami berpuas hati ia dibungkuskan dengan betul. Hanya kotak stirofom dan/atau pendingin yang mengandungi makanan kering/tidak mudah rosak dibenarkan untuk didaftar masuk selepas pemeriksaan kandungannya oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Sekiranya Penumpang enggan diperiksa, kami berhak untuk menolak bagasi tersebut.
- Senjata api dan peluru
- Bahan letupan, gas mudah bakar atau tidak mudah bakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian semula pemetik api), gas yang disejukkan (seperti silinder juruselam yang berisi, nitrogen cecair), cecair mudah bakar (seperti cat, pencair, pelarut), pepejal mudah bakar (seperti macis, pemetik api), peroksida organik (seperti resis), racun, bahan boleh berjangkit (seperti virus, bakteria), bahan radioaktif (seperti radium), bahan pengkakis (seperti asid, alkali, raksa, jangka suhu), bahan bermagnet, bahan pengoksida (seperti peluntur); dan/atau
- Senjata seperti senjata api antik, pedang, pisau dan item antik lain yang serupa dengan syarat item seperti ini mungkin dibenarkan dalam Bagasi Yang Didaftar Masuk menurut budi bicara mutlak kami atas alasan yang sangat istimewa. Ini tidak boleh dibawa ke dalam pesawat atas apa jua sebab sekalipun.
Jika mana-mana item yang dirujuk dalam mana-mana bahagian perenggan ini dibawa sama ada ia dilarang untuk dibawa sebagai Bagasi atau tidak, pengendaliannya akan tertakluk pada caj, had atau liabiliti dan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini yang berkenaan dengan pengendalian Bagasi .
9.2 Barangan berharga dan mudah pecah:
Para penumpang tidak seharusnya mendaftar masuk item seperti ini sebagai Bagasi. Jika mereka mendaftarkannya masuk sebagai Bagasi, para Penumpang bersetuju bahawa mereka menanggung risiko mereka sendiri apabila menghantar barangan ini untuk pengendalian. Item seperti wang, barang kemas, logam berharga, barangan perak, peranti elektronik, komputer, kamera, peralatan video, telefon bimbit, instrumen boleh niaga, sekuriti atau barang berharga lain, pasport dan dokumen pengenalan, hak milik, artifak, manuskrip dan lain-lain item seperti ini.
9.3 Hak untuk diperiksa:
Atas sebab-sebab keselamatan dan sekuriti, kami mungkin memerlukan anda melalui pemeriksaan, sinaran-x atau jenis pengimbasan lain ke atas diri atau Bagasi anda. Kami berhak untuk memeriksa Bagasi anda semasa anda tiada di situ jika anda tiada, untuk tujuan memastikan sama ada anda memiliki atau sama ada Bagasi anda mengandungi item yang tidak boleh diterima atau dilarang. Jika anda enggan mematuhi penggeledahan atau imbasan seperti ini, kami berhak untuk enggan mengangkut anda dan Bagasi anda tanpa membayar balik tambang kepada anda dan tanpa sebarang liabiliti lain kepada anda. Sekiranya pemeriksaan atau imbasan menyebabkan kecederaan kepada anda atau kerosakan kepada Bagasi anda, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kerosakan tersebut kecuali perkara yang sama disebabkan oleh kesalahan atau kecuaian kami.
Jika perlu, anda hendaklah menghadiri pemeriksaan Bagasi anda, sama ada diperiksa atau tidak oleh kastam atau pegawai kerajaan lain. Kami tidak bertanggungjwab ke atas kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi keperluan ini kecuali disebabkan oleh tindakan atau peninggalan oleh pihak kami yang dibuat dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau secara serampangan atau dengan pengetahuan bahawa ia mungkin menyebabkan Kerosakan.
9.4 Bagasi yang didaftar masuk:
Bagasi boleh didaftar masuk 2 (dua) jam sebelum perlepasan penerbangan yang dijadualkan. Setelah penghantaran Bagasi untuk didaftarkan masuk, kami akan menjaganya dan mengeluarkan Tag Pengenalan Bagasi bagi setiap buah Bagasi Yang Didaftar Masuk. Bagasi Yang Didaftar Masuk hendaklah mempunyai nama atau pengenalan peribadi anda dipasang dengan kukuh padanya. Bagasi Yang Didaftar Masuk akan dibawa dalam pesawat yang sama dengan anda kecuali kami memutuskan untuk mengangkutnya dalam penerbangan alternatif atas sebab-sebab keselamatan, sekuriti atau operasi. Jika Bagasi anda yang Didaftar Masuk diangkut dalam penerbangan yang berikutnya, kami akan menghantarnya kepada anda dalam tempoh yang munasabah setelah ketibaan penerbangan tersebut, kecuali undang-undang yang berkuat kuasa memerlukan anda mengemukakannya untuk kelulusan kastam.
9.5 Fi Luggage Upsize™:
Fi Luggage Upsize™ dikenakan bagi pengendalian setiap item Bagasi Yang Didaftar Masuk. Kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter dan rangka bantuan berjalan dibawa secara percuma. Fi Luggage Upsize™ boleh diprabayar pada kadar yang dinyatakan dalam Laman Web kami di bawah tajuk Maklumat Perjalanan apabila anda membuat penempahan dalam talian. Jika anda ingin menambah Bagasi yang Didaftar Masuk ke tempahan anda atau menambah Bagasi Yang Didaftar Masuk pada tarikh kemudian anda boleh melakukannya dengan menghubungi pusat panggilan Tiger Airways sehingga 72 jam sebelum berlepas. Secara alternatif anda boleh membeli peruntukan 15 kilogram Luggage Upsize™ di lapangan terbang semasa mendaftar masuk dan anda akan dikenakan bayaran seperti yang dinyatakan dalam Laman Web kami di bawah tajuk Maklumat Perjalanan. Sebarang Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebih had Luggage Upsize™ anda akan dikenakan caj pada kadar Lebihan Bagasi Yang Didaftarkan Masuk semasa seperti yang dirujuk di bawah.
Kesemua Bagasi yang Didaftar Masuk masih tertakluk pada peraturan kami berhubung saiz maksimum dan tertakluk pada keadaan dan had yang terkandung dalam Terma & Syarat kami.
Sebarang Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebihi 30 kilogram akan dikenakan fi Lebihan Bagasi Didaftar Masuk semasa, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 9.6.
Luggage Upsize™ tidak termasuk peralatan sukan – lihat Pendaftaran masuk peralatan sukan.
Kesemua fi Luggage Upsize™ yang dibayar tidak boleh sama sekali dipindah milik dan dikembalikan. Misalnya, jika anda membatalkan penerbangan anda atau Bagasi anda didaftarkan masuk di kaunter tidak melebihi amaun yang dipilih, fi yang dibayar tidak boleh dipindahkan kepada Penumpang lain atau dikembalikan kepada anda.
9.6 Lebihan bagasi yang didaftar masuk:
Anda akan perlu membayar caj untuk pengendalian bagi Bagasi yang Didaftar Masuk yang melebihi Luggage Upsize™ yang anda telah beli, pada kadar yang dibentangkan dalam Fi dan Caj kami. Kadar Lebihan Bagasi yang Didaftar Masuk mungkin berbeza dari semasa ke semasa dan akan disediakan dalam Fi dan Caj kami atau daripada kami apabila anda meminta dan disediakan di kaunter pendaftaran masuk. Pengendalian kesemua lebihan Bagasi yang Didaftar Masuk adalah menurut budi bicara kami dan tertakluk pada ketersediaan ruang.
9.7 Bagasi yang tidak didaftarkan masuk:
Hanya 1 (satu) Bagasi serta beg tangan atau beg komputer riba tambahan dibenarkan dibawa dalam kabin pesawat dengan syarat ia tidak melebihi dimensi 54sm X 38sm X 23sm dan dengan syarat ia tidak lebih berat daripada 7 kilogram. Bagasi seperti ini hendaklah muat dimasukkan di bawah tempat duduk di hadapan anda atau dalam kompartmen simpanan yang terdapat di dalam kabin. Item yang ditentukan oleh kami sebagai mempunyai berat atau saiz berlebihan atau bersifat menjelikkan tidak dibenarkan dimasukkan dalam pesawat.
Objek yang tidak sesuai untuk diangkut dalam kompartmen karga tidak akan diterima untuk diangkut dalam kompartmen kabin kecuali sebaliknya diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini atau dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu. Pengangkutan objek seperti ini boleh dikenakan bayaran secara berasingan.
9.8 Pemungutan dan penghantaran bagasi:
Anda hendaklah memungut Bagasi anda sebaik sahaja ia disediakan untuk pemungutan di destinasi anda. Jika anda tidak memungutnya dalam tempoh yang munasabah, Bagasi tersebut perlu disimpan di premis kami, kami mungkin mengenakan fi penyimpanan. Jika Bagasi yang Didaftar Masuk tidak dituntut dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari masa ia disediakan kepada anda, kami boleh melupuskannya tanpa sebarang liabiliti kepada anda. Hanya pemegang Tag Pengenalan Bagasi yang diberikan kepada Penumpang semasa Bagasi tersebut didaftar masuk, berhak untuk penghantaran Bagasi . Jika seseorang yang menuntut Bagasi tersebut tidak dapat mengemukakan Tag Pengenalan Bagasi tersebut, kami akan menghantarkan Bagasi kepada individu tersebut hanya jika dia membuktikan sehingga kami berpuas hati bahawa dia berhak terhadap bagasi tersebut, dan jika perlu oleh kami, individu itu hendaklah memberi sekuriti yang memadai untuk melindungi kami daripada sebarang kerugian, ganti rugi atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh kami akibat penghantaran tersebut. Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa rungutan semasa penghantaran adalah bukti prima facie bahawa Bagasi tersebut dihantar dalam keadaan baik dan menurut kontrak pengendalian di antara kami.
9.9 Lain-lain Syarat:
Lain-lain syarat yang berkaitan dengan pengendalian Bagasi anda, termasuk tetapi tidak terhad pada pengendalian peralatan sukan dan instrumen muzik, boleh didapati di Laman Web kami pada halaman “Bagasi”.
Kembali ke atas
Artikel 10: Jadual, pembatalan
10.1 Jadual:
Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan kelewatan mengangkut anda dan Bagasi anda. Kami akan berusaha untuk menepati jadual yang diterbitkan yang berkuat kuasa pada tarikh perjalanan. Walau bagaimanapun, masa yang dipamerkan dalam jadual waktu atau di tempat lain tertakluk pada perubahan pada bila-bila masa dan kami tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Penumpang akibat pertukaran tersebut.
10.2 Pembatalan, perubahan jadual:
Pada bila-bila masa selepas tempahan dibuat, kami boleh mengubah jadual kami dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah haluan, menunda, menjadualkan semula atau melewatkan sebarang penerbangan yang kami sifatkan secara munasabah boleh dijustifikasikan oleh keadaan di luar kawalan kami atau atas sebab keselamatan atau komersil. Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan seperti itu atau perubahan jadual sehingga ia berlepas lebih daripada 4 (empat) jam sebelum atau selepas waktu berlepas yang dijadualkan, Penumpang boleh memilih untuk sama ada:
- Untuk diangkut pada peluang terawal dalam perkhidmatan terjadual kami yang lain yang terdapat ruang, tanpa sebarang caj tambahan, dan di mana perlu, melanjutkan kesahan tempahan anda; atau
- Untuk mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit bagi perjalanan anda pada masa hadapan dengan syarat anda menempah semula dalam tempoh 6 (enam) bulan dari tarikh tersebut; atau
- Untuk menerima pembayaran balik penuh menurut Terma & Syarat ini.
Apabila pembatalan atau pindaan yang ketara dibuat pada jadual kami sebelum tarikh anda berlepas, kami akan berusaha secara munasabah untuk memaklumkan anda mengenai sebarang pembatalan atau pindaan tersebut.
10.3 Remedi tunggal:
Setelah berlaku mana-mana peristiwa yang dinyatakan dalam Artikel 10.2, pilihan yang digariskan dalam Artikel 10.2 (a) hingga (c) adalah remedi tunggal dan eksklusif yang disediakan kepada anda dan kami seharusnya tidak mempunyai liabiliti lanjut kepada anda.
10.4 Penafian untuk menaiki pesawat:
Jika kami tidak dapat memberi anda ruang yang disahkan sebelum ini dalam mana-mana penerbangan akibat terlebih tempah, kami akan memberi anda pampasan menurut dasar pampasan penafian menaiki pesawat.
Kembali ke atas
Artikel 11: Pembayaran balik
11.1 Am:
Tidak akan ada sebarang pembayaran balik jua pun kecuali dalam keadaan yang diperuntukkan dalam dokumen ini.
11.2 Cukai:
Jika setelah membuat penempahan anda tidak terbang bersama kami, tidak mengira sama ada pembayaran balik tambang perlu dibayar atau tidak, anda akan berhak untuk menuntut pembayaran balik sebarang cukai yang dimaklumkan kepada anda dan perlu dibayar oleh anda, yang akibatnya kami tiada obligasi untuk membayar kepada mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa lain. Kami berhak untuk menolak fi pentadbiran, daripada sebarang pembayaran balik seperti ini di mana anda gagal terbang bersama kami meskipun terdapat penerbangan yang disediakan.
11.3 Pembayaran balik individu/mod yang betul:
Sekiranya kami membuat pembayaran balik, ia akan dibuat dalam mod pembayaran yang sama yang pada asalnya dibuat dan kepada individu yang membayar tempahan tersebut, setelah mengemukakan pengenalan dan bukti pembayaran tersebut yang memuaskan.
11.4 Mata wang:
Kesemua pembayaran balik tertakluk pada undang-undang, peraturan dan kawal selia kerajaan atau perintah negara tempat tempahan dibuat. Tertakluk pada peruntukan yang dinyatakan di atas, pembayaran balik akan selalunya dibuat dalam mata wang yang tempahan dibayar tetapi boleh juga dibuat dalam mata wang lain.
Kembali ke atas
Artikel 12: Kelakuan di dalam pesawat
12.1 Jika menurut pendapat kami yang munasabah, kelakuan anda di dalam pesawat membahayakan pesawat atau mana-mana individu atau harta benda dalam pesawat, atau menghalang atau mengganggu kru daripada melaksanakan tugas mereka, atau anda gagal mematuhi arahan kru termasuk tetapi tidak terhad pada yang berkaitan dengan merokok, alkohol, penggunaan telefon bersel, atau penggunaan sebarang perkataan yang mengancam, kesat atau yang menghina kepada kru atau berkelakuan dalam cara yang menyebabkan ketidakselesaan, yang menyusahkan, merosakkan atau mencederakan para Penumpang lain atau kru, kami boleh mengambil langkah yang kami rasakan perlu untuk mencegah kelakuan ini daripada berterusan termasuk menahan anda. Anda boleh diturunkan dan enggan dibawa dalam perjalanan selanjutnya pada mana-mana ketika dan boleh didakwa atas kesalahan yang anda lakukan di dalam pesawat.
12.2 Jika akibat tingkah laku anda kami memutuskan, dalam melaksanakan budi bicara kami secara munasabah, untuk menukar arah pesawat untuk tujuan menurunkan anda, maka anda mungkin bertanggungjawab atas kesemua kos yang kami tanggung dalam apa jua sifat sekali pun akibat atau berpunca daripada penukaran arah ini.
12.3 Untuk tujuan keselamatan, kami melarang atau mengehadkan operasi peralatan elektronik dalam pesawat, termasuk tetapi tidak terhad pada, telefon bersel, komputer riba, perakam suara mudah alih, radio mudah alih, pemain CD, permainan elektronik atau peranti pemancar, termasuk permainan kawalan radio dan walkie-talkie. Pengendalian alat bantu dengar dan perentak jantung dibenarkan.
Kembali ke atas
Artikel 13: Had liabiliti
13.1 Notis Persidangan Warsaw, Montreal:
Jika Perjalanan Penumpang melibatkan destinasi akhir atau penghentian di sebuah negara selain daripada negara tempat dia berlepas, Persidangan Warsaw atau Persidangan Montreal 1999 mungkin berkuat kuasa dan Persidangan Warsaw atau Persidangan Montreal 1999 mentadbir dan dalam kebanyakan keadaan mengehadkan liabiliti pengendali bagi kematian atau kecederaan peribadi dan dari segi kehilangan atau kerosakan kepada bagasi.
13.2 Notis Had Liabiliti Bagasi:
Liabiliti bagi kehilangan, kelewatan atau kerosakan kepada Bagasi terhad kecuali nilai yang lebih tinggi diisytiharkan terlebih dahulu dan caj tambahan dibayar. Liabiliti bagi Penerbangan Domestik dan liabiliti bagi Penerbangan Antarabangsa berbeza mengikut undang-undang masing-masing.
13.3 Di tempat-tempat Persidangan Warsaw atau Persidangan Montreal 1999 tidak berkuat kuasa: Di tempat-tempat pengendalian anda tidak tertakluk pada peraturan liabiliti Persidangan Warsaw atau Persidangan Montreal 1999 tidak berkuat kuasa, peraturan berikut diterima pakai:
- Sebarang liabiliti yang kita ada untuk Kerosakan akan dikurangkan melalui sebarang kecuaian daripada pihak anda yang menyebabkan atau menyumbang kepada Kerosakan menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
- Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas Kerosakan kepada Bagasi yang Didaftar Masuk atau Tidak Didaftar Masuk kecuali Kerosakan tersebut disebabkan oleh kecuaian kami dan Bagasi tersebut dalam kawalan dan penjagaan kami.
- Kecuali dalam keadaan tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan Kerosakan atau secara semberono dan dengan pengetahuan bahawa ia mungkin menyebabkan Kerosakan, liabiliti kami dalam hal Kerosakan kepada Bagasi yang Didaftar Masuk hendaklah terhad pada A$20 setiap kilogram dan dalam hal Kerosakan pada Bagasi yang Tidak Didaftar masuk hendaklah terhad pada A$400 setiap Penumpang, dengan syarat jika menurut undang-undang yang berkuat kuasa, had berbeza digunakan, maka had berbeza ini hendaklah digunakan. Jika berat Bagasi tidak dicatatkan pada Tag Pengenalan Bagasi, dianggap bahawa Bagasi yang Didaftar Masuk tidak melebihi 15 kilogram.
- Kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang Kerosakan yang berpunca daripada pematuhan kami terhadap undang-undang yang berkuat kuasa atau peraturan dan kawal selia kerajaan atau daripada kegagalan anda untuk mematuhi yang sama.
- Kecuali apabila peruntukan khusus lain dibuat dalam Terma & Syarat ini, kami akan bertanggungjawab kepada anda bagi ganti rugi pampasan yang boleh didapatkan kembali bagi kerugian dan kos yang terbukti menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
- Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda. Anda hendaklah bertanggungjawab untuk sebarang Kerosakan yang disebabkan oleh Bagasi anda kepada individu atau harta benda lain, termasuk harta benda anda.
- Kami tidak sama sekali bertanggungjawab atas Kerosakan artikel atau item yang tidak dibenarkan untuk terkandung dalam Bagasi yang Didaftar dan Tidak Didaftar termasuk tetapi tidak terhad pada item mudah pecah atau mudah rosak, item yang mempunyai nilai istimewa, seperti wang, barang kemas, logam berharga, komputer, peranti elektronik peribadi, instrumen boleh niaga, sekuriti, atau lain-lain bahan berharga, dokumen perniagaan, pasport dan dokumen pengenalan lain, hak milik atau sampel.
- Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang keuzuran, ketidakupayaan, termasuk kematian, yang berpunca daripada keadaan fizikal anda dan untuk keadaan tersebut yang menjadi semakin teruk.
- Kesemua pengaturan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami dari segi bantuan yang diberi kepada para Penumpang yang kekurangan mobiliti dan pembayaran yang dibuat oleh kami kepada ejen pengendali bagi perkhidmatan seperti itu adalah sebagai ejen bagi dan bagi pihak anda.
- Kami, ejen kami dan para pekerja kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kematian, kecederaan peribadi (kecuali kematian atau kecederaan peribadi tersebut disebabkan oleh kecuaian kami atau ejen dan para pekerja kami ), kerugian atau ganti rugi bagaimana jua pun ia disebabkan.
- Anda secara suka rela menanggung kesemua risiko dan bahaya berhubung bantuan yang diberi kepada Penumpang dengan kekurangan mobiliti termasuk sebarang kematian, kecederaan peribadi, kerugian, ganti rugi atau liabiliti. Sebarang aduan berkenaan perkhidmatan ini hendaklah ditujukan dan dikendalikan oleh ejen yang mengendalikan perkhidmatan seperti ini.
- Kontrak pengendalian termasuk Terma & Syarat ini dan pengecualian atau had liabiliti, berkuat kuasa bagi kesemua ejen yang sah, orang gajian, para pekerja dan wakil setakat yang sama seperti ia berkuat kuasa terhadap kami. Jumlah yang boleh didapatkan kembali daripada kami dan daripada ejen yang sah, orang gajian, para pekerja dan wakil berkaitan tidak boleh melebihi amaun liabiliti kami sendiri jika ada.
- Tiada sesuatu dalam Terma & Syarat ini akan mengetepikan sebarang pengecualian atau had liabiliti kami di bawah Persidangan Warsaw atau mana-mana Persidangan lain yang berkenaan atau undang-undang setempat yang berkuat kuasa kecuali dinyatakan secara jelas oleh kami. Kami tidak akan dalam sebarang keadaan bertanggungjawab untuk ganti rugi langsung atau yang terhasil dan tidak dalam apa keadaan sekali pun obligasi kami melebihi sebarang liabiliti yang dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini.
13.4 Apabila perjalanan anda adalah Penerbangan Domestik, ia tertakluk pada peruntukan Akta Penerbangan Awan (Liabiliti Pengendali) 1959 menurut pindaan (atau sebarang penggantian perundangan) atau perundangan Negeri yang melengkapi.Lipen Liabiliti kami terhadap kecederaan atau kematian anda terhad pada AUD$500,000, untuk kehilangan atau kerosakan Bagasi yang Didaftar Masuk terhad pada AUD$1,600 setiap Penumpang dan AUD$160 setiap penumpang bagi Bagasi yang Tidak Didaftarkan Masuk.
Kembali ke atas
Artikel 14: Had masa bagi tuntutan dan tindakan
14.1 Notis tuntutan – Penerbangan Antarabangsa:
Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa rungutan semasa penghantaran adalah bukti yang memadai bahawa Bagasi tersebut telah dihantar dalam keadaan baik dan menurut kontrak pengendalian, kecuali dibuktikan sebaliknya. Jika anda berhasrat untuk memfailkan tuntutan atau tindakan berhubung Kerosakan Bagasi yang Didaftar Masuk, anda hendaklah memaklumkan kami sebaik sahaja anda menyedari Kerosakan tersebut, dan selewat-lewatnya, dalam tempoh 7 (tujuh) Hari daripada penerimaan Bagasi tersebut. Jika anda berhasrat untuk memfailkan tuntutan atau tindakan berhubung kelewatan Bagasi yang Didaftar Masuk, anda hendaklah memaklumkan kami dalam tempoh 21 Hari dari tarikh Bagasi diberikan untuk kegunaan anda. Setiap pemberitahuan ini hendaklah secara bertulis dan diposkan atau dihantarkan kepada kami dalam tempoh yang disebutkan di atas.
14.2 Notis tuntutan – Penerbangan Domestik:
Penerimaan Bagasi oleh pemegang Tag Pengenalan Bagasi tanpa rungutan semasa penghantaran adalah bukti yang memadai bahawa Bagasi tersebut telah dihantar dalam keadaan baik dan menurut kontrak pengendalian, kecuali dibuktikan sebaliknya. Jika anda berhasrat untuk memfailkan tuntutan atau tindakan berhubung kehilangan atau kerosakan sebahagian daripada barang Bagasi yang Didaftarkan Masuk atau Tidak Didaftarkan Masuk, anda hendaklah memaklumkan kami dalam tempoh 3 (tiga) Hari dari tarikh pengendalian berakhir. Jika anda berhasrat untuk memfailkan tuntutan atau tindakan berhubung kehilangan atau kemusnahan keseluruhan item Bagasi yang Didaftarkan Masuk, anda hendaklah memaklumkan kami dalam tempoh 21 Hari dari tarikh anda seharusnya menerima Bagasi tersebut. Setiap pemberitahuan ini hendaklah secara bertulis dan diposkan atau dihantarkan kepada kami dalam tempoh yang disebutkan di atas.
14.3 Had Tindakan:
Sebarang hak ganti rugi hendaklah dihapuskan jika tindakan tidak dibawa terhadap kami dalam tempoh 2 (dua) tahun dari tarikh ketibaan di destinasi,a tau tarikh pesawat dijadualkan tiba, atau tarikh yang pengendali diberhentikan. Kaedah pengiraan tempoh had hendaklah ditentukan oleh undang-undang mahkamah tempat kes dibicarakan.
Kembali ke atas
Artikel 15: Pilihan undang-undang dan bidang kuasa
15.1 Kecuali sebaliknya diperuntukkan oleh Persidangan atau undang-undang yang berkuat kuatas, peraturan kerajaan, perintah atau keperluan:
- Terma dan Syarat ini dan sebarang pengendalian yang kami bersetuju untuk menyediakan kepada anda (berhubung diri adan dan/atau Bagasi anda) hendaklah ditadbir oleh undang-undang Singapura bagi Penerbangan Antarabangsa atau Australia bagi Penerbangan Domestik; dan,
- Sebarang pertikaian di antara anda dengan kami berkaitan atau yang berpunca daripada pengendalian tersebut dalam apa jua cara sekali pun akan tertakluk pada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Singapura bagi Penerbangan Antarabangsa atau Australia (Negeri Victoria) bagi Penerbangan Domestik.
15.2 Pihak yang bukan pihak kepada kontrak pengendalian berkaitan tidak boleh mempunyai hak untuk menguatkuasakan sebarang terma di dalamnya termasuk Terma dan Syarat ini, menurut Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Singapura) atau sebaliknya undang-undang di Australia.
Kembali ke atas
Artikel 16: Pengubahsuaian dan Pengetepian
16.1 Tiada di antara ejen, pekerja mahupun wakil kami mempunyai hak untuk menukar, mengubah suai atau mengetepikan Syarat Kontrak ini.
Kembali ke atas