|
Menaiki pesawatTiger Airways mengendalikan kabin kelas tunggal dan memberikan anda pilihan untuk memilih tempat duduk semasa membuat tempahan. Ini boleh dilakukan melalui laman web atau pusat panggilan kami dimana caj akan dikenakan bagi setiap sektor, setiap penumpang. Tempat duduk yang mempunyai ruang kaki yang lebih/pintu keluar kecemasan boleh dibeli bagi setiap sektor, setiap penumpang. Sila maklum bahawa tempat duduk pintu keluar kecemasan disertakan dengan syarat. Klik di sini untuk butiran lanjut. Anda harus berada di pintu naik pesawat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum berlepas. Get untuk naik pesawat tutup 20 minit sebelum berlepas. Penumpang yang tiba lewat pada pintu naik pesawat tidak dibenarkan untuk perjalanan, beg mereka akan dipunggah dan tiada pampasan yang akan diberikan. Untuk perjalanan pada penerbangan seterusnya, anda perlu membeli tiket baru dengan tambang yang dikenakan. Pada kebanyakan destinasi Tiger Airways, pesawat boleh dinaiki menggunakan jambatan ke pesawat. Jika anda rasa anda memerlukan bantuan semasa menaiki pesawat, sila hubungi pusat panggilan kami sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas. |



